Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 Diumumkan Khamis ini (17 Jun) Mulai Jam 10 Pagi

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 15, 2021, 04:16 am

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 17 Jun 2021 bermula jam 10 pagi. Pelajar boleh menyemak keputusan STAM  secara dalam talian atau melalui sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

 

 

Bagi yang ingin menyemak secara online, boleh layari pautan berikut sebaik sahaja sistem semakan diaktifkan kelak. Klik pautan dibawah untuk semakan keputusan STAM :

 

 

Manaka bagi calon yang ingin menyemak menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan STAM 2020 dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 17 Jun 2021 dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 23 Jun 2021.

 

Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan. Baca juga artikel panduan dibawah. Semoga berjaya!

 

Kepada yang ingin memohon UPU Online, SILA KLIK DISINI. Untuk yang ingin mengemaskini permohonan UPU Online boleh KLIK DISINI. 

Semoga berjaya kami ucapkan!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail