logo
logo

    Courses

    Institutions

Gagal Dipanggil ke Temuduga, Bermakna Gagal dalam Permohonan Bagi Kursus Pengajian Berkenaan

Afterschool

Afterschool

May 30, 2021





Semakan temuduga bagi kursus bertemuduga adalah pada jam 5 petang hari ini. Kepada yang berjaya tahniah kami ucapkan manakala bagi yang gagal maaf tiada lagi peluang untuk melanjutkan pengajian dalam kursus dan universiti berkenaan sekiranya gagal dipanggil ke temuduga. Kepada yang belum menyemak boleh KLIK DISINI

Bagi anda yang memohon ke kursus pengajian bertemuduga, adalah sangat penting untuk berjaya dipanggil ke temuduga. Jika gagal bermaksud terkuburlah segala impian dan harapan bagi kursus berkenaan. Sebarang rayuan pun takkan diterima. 

Kepada yang berjaya dipanggil jangan seronok sangat sebab belum tentu berjaya lepas saringan temuduga. Untuk tip berjaya dalam temuduga kursus pengajian boleh KLIK DISINI. Untuk yang gagal pula, jangan berputus asa, masa ada lagi harapan kursus-kursus lain akan berjaya ditawarkan selepas keputusan UPU diumumkan kelak. Tetapi jika anda memang hendak masuk ke kursus bertemuduga berkenaan, makanya second intake atau IPTS adalah jawapannya.

Untuk info berkaitan second intake ke universiti awam, tarikh permohonan, cara permohonan, universiti yang membuka tawaran dan kursus pengajian yang dibuka boleh KLIK DISINI. Baca juga beberapa artikel berkaitan contohnya kenapa gagal dalam permohonan UPU, apa yang boleh dilakukan jika gagal dan sebagainya. Semoga berjaya!

ARTIKEL BERKAITAN

 

news images
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background