Bidang Perubatan & Kesihatan Janjikan Peluang Kerjaya yang Luas di Sektor Swasta!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 07:07 pm

Bidang perubatan semakin dipandang sepi. Ramai pelajar sudah beralih arah memilih bidang yang lain kerana bimbang akan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian nanti. Bayar beratus ribu tetapi tiada kerja. Siapa yang hendak bayar hutang?.

 

doktor

 

Pelajar tajaan pun tidak dijamin pekerjaan, inikan pula graduan lepasan IPTS dan bukan tajaan. Selain itu, untuk masuk ke bidang perubatan di universiti awam persaingannya sangat sengit walaupun mendapat keputusan yang cemerlang!. Jadi apa pilihan yang anda ada.

  statistik-menganggur  

Namun, disebalik persepsi negatif itu, sedarkah anda bahawa masyarakat kini mementingkan aspek kesihatan. Kita sendiri mengamalkan pelbagai makanan kesihatan tambahan, membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya 5 kali setahun hanya untuk memastikan tahap kesihatan kita dalam keadaan yang baik apabila umur semakin meningkat. Maklum sahajalah faktor makanan, persekitaran merisikokan diri kita dengan pelbagai penyakit. Jadi persoalannya siapa yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan itu, tentulah pengamal perubatan!.

  kartun_jumpadoktor1

Tahukah anda bahawa, perniagaan yang paling menguntungkan abad ini adalah perniagaan berkaitan kesihatan dan perniagaan insurans. Semua orang tidak kira kaya atau miskin, jika sakit mesti berkunjung ke hospital atau klinik. Jika ke hospital kerajaan, bayaran dikenakan murah tetapi perlu menunggu lama dan bertambah sakit yang dirasai termasuk sakit hati. Jadi sebab itulah ramai yang pergi ke hospital swasta.

 

Katil Hospital Tak Cukup

 

Hospital swasta pula, boleh datang penyakit lain pula kerana terkejut melihat caj yang dikenakan. Mahal melampau! tetapi jika anda ada insurans perubatan, tidak akan rasa terbeban. Sebab itu orang jual insurans kaya raya!. Sekarang anda boleh nampak potensi bidang perubatan, jika ada merupakan graduan bidang ini.

  bill-hospital-rm23000  

Jadi kenapa perlu berfikiran cetek, jika kerajaan mengehadkan pengambilan pelajar perubatan dan tidak menjamin jawatan mereka di hospital kerajaan, hospital dan klinik swasta kan ada?. Bersepah-sepah dan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.  Di swasta, gaji lebih mahal, maklumlah pesakit yang mendapatkan perkhidmatan mereka perlu membayar caj perkhidmatan dan ubat-ubatan yang mahal kerana tiada subsidi daripada kerajaan. Jadi gaji secara automatik masyuklah juga. Jika anda menamatkan pengajian dengan jayanya dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari. Jadi kenapa perlu risau akan peluang pekerjaan?. Lainlah jika anda, tidak tahu langsung mempratikkan apa yang dipelajari.

  Zambeste Romania_Consultatii gratuite 2  

Berkenaan dengan peluang sambung belajar di universiti awam, persaingan merebut tempat sangatlah sengit bagi bidang perubatan. Bayangkan pelajar yang memperolehi semua A pun gagal ditawarkan pengajian ke bidang ini kerana kuota tempat telah diisi oleh pelajar yang lebih cemerlang. Jadi punahlah harapan dan cita-cita anda dan ibu bapa untuk melihat anaknya menjadi doktor.

 

Pharmacist

 

Kenapa mesti anda mematikan impian itu sedangkan anda boleh mengapai impian itu di IPTS?. Adakah disebabkan kosnya yang mahal?. Jika jumlah gaji selepas tamat pengajian nanti dapat melangsaikan hutang pendidikan anda dengan cepat dan menyediakan peluang pekerjaan yang luas kenapa tidak?. Jika anda bimbang mengenai faktor kewangan, ada sahaja biasiswa yang ditawarkan untuk bidang perubatan. Antaranya adalah biasiswa Top Glove yang dibuka sepanjang tahun (boleh klik disini untuk syarat kelayakan) dan biasiswa Hong Leong (klik disini untuk lihat biasiswa Hong Leong) yang dibuka untuk semua bidang pengajian selain pinjaman PTPTN.

  Entrance_to_Top_Glove_Tower (1)  

Bimbang jika sijil tidak laku?. Jika anda risau, anda boleh buat semakan dahulu menerusi portal MQA iaitu badan yang mengiktiraf kursus pengajian di semua Universiti Awam dan IPTS. Malahan kursus yang ditawarkan mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang membolehkan graduan bekerja di mana-mana hospital/klinik sama ada kerajaan atau pun swasta yang lain di Malaysia.

 

MQA

 

Antara IPTS yang paling terbaik menawarkan kursus berkaitan kesihatan dan perubatan adalah SEGi University (jika hendak semak kelayakan MQA klik disini dan buat carian dibawah private institution, pilih university, buat carian menggunakan kata kunci SEGi dan klik detail). Berikut kami kongsikan kursus yang ditawarkan. Klik pada pautan kursus dibawah untuk melihat maklumat kursus.

  SUKD_Facade_0  

Diploma Kejururawatan

Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Diploma Kesihatan Persekitaran

Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan

Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Mudan Farmasi dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS)

Ijazah Sarjana Muda Optometri dengan Kepujian 

Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (M.B.B.S)

   

Bagaimana jika hendak sambung perubatan ke luar negara?. Anda boleh mendapat khidmat pihak MedicProlink yang bekerjasama dengan 9 buah universiti/institusi yang menyediakan pengajian perubatan di Indonesia dan 3 buah di Rusia. Mereka akan membantu menguruskan kemasukan anda untuk pengajian perubatan dan kesihatan di sana.

 

d_03

 

Untuk pengetahuan anda Universiti/institusi perubatan di Indonesia menjadi tumpuan pelajar-pelajar di universiti awam di Malaysia untuk menjalani latihan perubatan di sana kerana kelengkapan perubatan semuanya serba lengkap dan mereka boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari secara langsung berbanding di hospital Malaysia dan kadang kala menggunakan patung sahaja sebagai alat kajian. Untuk senarai universiti dan kursus yang ditawarkan, boleh klik disini untuk ke laman portal rasmi mereka.

   

Jadi, kenapa perlu risau?. Pelajar Universiti Awam pun belum tentu dapat pekerjaan tetap di hospital kerajaan. Semuanya sama sahaja yang membezakan adalah kemahiran yang anda ada. Jadi jangan berputus asa. dan masih sempat untuk capai cita-cita tersebut. Tidak kira dimana anda belajar, asalkan sijil tersebut diiktiraf dan anda boleh mempraktikkan ilmu yang dipelajari, tentu akan diterima!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail