Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 16, 2017, 03:31 pm
Tahniah diucapkan pada anda yang layak mengikuti program pengajian perubatan, bukan senang hendak melepasi syarat kelayakan tersebut. Bagi anda yang sudah pun melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, satu lagi langkah terakhir yang perlu anda lakukan iaitu menyemak kelayakan perubatan yang bakal diperolehi kelak. Jangan sudah tamat pengajian meroyan bila kelayakan tidak diiktiraf.
Memang tidak dinafikan bahawa banyak institusi dalam dan luar negara yang tawarkan kursus dalam bidang perubatan ini. Maklumkan kerjaya impian kebanyakan pelajar bahkan ibu bapa mereka. Tetapi disebabkan kuota terhad di UA tempatan dalam negara mahu pun luar negara maka kursus ini turut ditawarkan di IPTS. Jika di UA tidaklah terlalu bimbang kerana kita tahu kelayakannya tidak perlu lagi diragui tetapi bagaimana jika di IPTS?. Sudahkan anda menyemak?.
Semakan boleh dibuat dibawah MMC iaitu Malaysia Medical Council atau Lembaga Perubatan Malaysia. Pihak MMC bertanggungjawab dalam melindungi, mempromosi, mengekalkan kesihatan dan keselamatan orang ramai melalui amalan perubatan. Selain melindungi orang ramai, MMC juga bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan dengan pengamal perubatan seperti berikut :
Oleh itu, berikut kami kongsikan senarai keseluruhan UA/IPTS yang diiktiraf oleh MMC di Malaysia. Senarai terbaru ini dikemaskini pada 25 Mei 2017 yang lalu. Bagi anda yang ingin membuat semakan keseluruhan senarai UA/IPTS di luar negara yang diiktiraf oleh MMC boleh klik pautan diakhir artikel.
UNIVERSITI AWAM MALAYSIA
Universiti Malaya (UM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
International Islamic University (IIUM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
IPTS MALAYSIA
SEGi University
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
International Medical University (IMU)
Royal College of Medicine Perak (MBBS-Malaya Programme)
Universiti Kuala Lumpur-Royal College of Medicine Perak
AIMST University (Asian Institute of Medicine, Science & Technology)
UCSI University
Cyberjaya University College Of Medical Sciences (CUCMS)
Management & Science University (MSU)
MSU Shah Alam Campus
MAHSA University
Taylor’s University
Kolej Universiti Lincoln
INSTITUSI YANG TERIMA PENGIKTIRAFAN UNIVERSITI PERUBATAN BERTAULIAH HASIL KOLABORASI
Royal College of Surgeons of Ireland Penang
Royal College of Surgeons of Ireland (Perdana University)
University of Sheffield (Perak Medical College)
Manipal University Melaka-Manipal Medical College
Monash University Jeffrey Cheah School of Medicine and Health Sciences, Monash University Malaysia, Sunway Campus
University of Newcastleupon-Tyne Newcastle University Medicine Malaysia
Untuk anda yang ingin menyemak universiti luar negara yang diiktiraf oleh MMC. KLIK PAUTAN BERIKUT : UNIVERSITI LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF MMC. Dah semak?. Kalau sudah diiktiraf barulah boleh menarik nafas lega. Sekiranya tidak diiktiraf, kami cadangkan supaya anda menghubungi pihak MMC terlebih dahulu untuk pengesahan dan barulah menghubungi pihak institusi anda sekarang bagi mendapatkan penjelasan.
ARTIKEL BERKAITAN
Perlukan
bantuan?