Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2022, 03:32 am
Berapa ramai dalam kalangan anda yang memohon ke universiti awam berjaya ditawarkan ke kursus pilihan pertama masing-masing?. Kami yakin jumlahnya sedikit kerana beribu permohonan yang diterima tetapi kuota yang disediakan untuk sesebuah kursus sangatlah terhad. Paling ramai pun 50-100 orang sahaja.
Jadi persoalannya, ke mana halatuju anda yang selebihnya. Adakah anda menerima tawaran ke kursus pengajian bukan pilihan pertama walaupun kurang berminat atau cuba mencari kursus yang sama di IPTS?. Jika kami tanya antara universiti atau kursus manakah yang lebih penting, ramai pastinya menjawab kursus pengajian tetapi kenapa masih ramai yang menerima tawaran ke kursus yang tidak minati?. Paling membimbangkan kursus tersebut bukanlah menjadi keperluan industri semasa. Peluang pekerjaan juga kelak sangatlah terhad.
Tentu ada yang berkata, belajar dulu nanti kemudian adalah rezeki. Disebabkan pemikiran yang terlalu ambil mudah itulah ramai yang menganggur selepas tamat pengajian. Kemudian menyalahkan orang lain atas keputusan sendiri, sedangkan diri sendiri yang terburu-buru membuat keputusan sehingga tidak memikirkan masa depan. Apabila menganggur, salahkan kursus, salahkan kerajaan, salahkan company, majikan dan sebagainya. Semua hendak dipersalahkan tetapi pernahkan anda terfikir, siapakah punca awal kepada masalah itu?. Jadi berhenti menyalahkan orang lain dan bertanggungjawab atas keputusan sendiri. Jika tiada UA yang mahu menerima anda, kenapa anda tidak ke IPTS sahaja?.
Mendengar IPTS, terus pelbagai persepsi negatif timbul. Kami akui ramai pelajar dan ibu bapa trauma dengan pihak pengurusan IPTS dan mendengar banyak sisi negatif tentang IPTS berbanding positif. Tetapi pernahkah anda cuba untuk mengenal pasti IPTS manakah yang terbaik. Bagaimana hendak pastikan IPTS itu tidak menipu anda?. Jarang sekali berlaku dimana jika anda sudah buat survey dari segala segi tetapi masih lagi ditipu. Majoriti yang ditipu kebanyakkan terpengaruh dengan janji manis agen pengambilan pelajar tanpa melihat sendiri dan berusaha menyelidik tentang IPTS berkenaan. Janji anak sambung belajar. Pegawai yang membuat pengambilan pelajar itu dibayar, tentulah ayatnya semanis gula.
Jadi untuk mengubah persepsi negatif anda tentang IPTS bukanlah mudah, ditambah pula sekiranya ibu bapa anda pernah ditipu sebelum ini. Mungkin sebelum ini ada dalam kalangan adik beradik atau saudara mara yang telah masuk ke IPTS dan ditipu. Walaupun sukar untuk menyakinkan mereka tetapi ada caranya untuk mengenalpasti IPTS terbaik malahan lebih baik daripada sesetengah Universiti Awam. Bagaimana cara hendak kenalpasti?. KLIK DISINI untuk ketahui tip memilih IPTS dan KLIK DISINI untuk kenalpasti IPTS yang bakal atau telah menipu anda.
Selain itu, anda juga boleh menyemak 5 IPTS terbaik di Malaysia yang tersenarai dalam ranking universiti seluruh dunia (QS WORLD UNIVERSITY RANKING) yang baru dikeluarkan berdasarkan kategori Asia. Penilaian ranking ini merangkumi kebolehpasaran kerja graduan universiti, kemudahan di kawasan persekitaran kampus, penyelidikan universiti, jumlah pengambilan pelajar antarabangsa, kualiti pembelajaran, kelayakan tenaga pengajar dan sebagainya. Antara 5 IPTS yang telah dinilai dan diberi ranking bersama-sama dengan universiti awam lain di Malaysia adalah seperti berikut :
Selepas anda mengenal pasti IPTS manakah yang terbaik, masalah kedua anda adalah yuran pengajian yang dianggap mahal berbanding di universiti awam. Ramai ibu bapa yang terus berfikir bahawa, IPTS ini hanya mahu mengaut keuntungan sahaja. Untuk makluman anda, Universiti Awam (UA) sebahagian yurannya ditanggung oleh kerajaan, tetapi IPTS semuanya ditanggung oleh pelajar. Jika diikutkan yuran pengajian di UA jika tanpa bantuan kerajaan adalah sama sahaja.
Walau bagaimanapun, anda setuju atau tidak jika kami katakan, ramai yang sanggup bayar lebih untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik berbanding bayar murah tetapi perkhidmatannya sangat teruk. Macam anda beli makanan, yang sedap tetapi mahal sedikit. Jarang sekali makanan yang sedap harganya murah. Kalau sedap dan murah sekalipun pada permulaan bisnes sahaja, selepas dikenali jangan haraplah makanan itu akan kekal pada harga yang sama.
Jadi sama juga jika anda ingin memilih IPTS, walaupun bayar lebih tetapi perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik. Jangan pilih yang murah tetapi perkhidmatan teruk. Kalau anda dapat cari IPTS yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan kos pengajiannya rendah, itu adalah lebih baik. Makanya, perkara pertama yang perlu dipertimbangkan dan dibuat perbandingan sebelum memilih IPTS adalah dari segi pengiktirafan sijil, pembelajaran, kelayakan tenaga pengajar, kedudukan semasa universiti (QS WORLD UNIVERSITY RANKING).
Jika semuanya terbaik, perbandingan terakhir adalah dari yuran pengajian dan kos sara hidup sepanjang pengajian. Jika di bandar besar, kosnya agak tinggi. Jadi ambil kira semuanya. Bimbang tentang pinjaman pendidikan?. Jika kursus tersebut diiktiraf oleh MQA, pelajar boleh memohon PTPTN. Kenapa kursus pengajian perlukan pengiktirafan MQA?. KLIK DISINI untuk ketahui sebab dan cara buat semakan. Berbalik kepada pembiayaan pendidikan, kalau jumlah pinjaman PTPTN itu tidak mampu menampung jumlah keseluruhan kos pengajian, terdapat 3 bank yang menawarkan pembiayaan pendidikan iaitu Maybank, Affin Bank dan Bank Rakyat. Ibu bapa juga boleh mengeluarkan wang KWSP untuk membiayai pendidikan anak-anak. Jadi, kenapa perlu risau?.
Pernah anda terfikir kenapa majoriti IPTS mengenakan yuran yang tinggi tetapi perkhidmatannya ditahap teruk. Contohnya, IPTS terletak di bangunan usang, kemudahan pembelajaran yang sangat keterbelakang, pensyarah yang tak ada kualiti dan sebagainya. Ke mana duit yuran pelajar yang dibayar?. Jawapannya, peruntukan kewangan IPTS banyak dihabiskan untuk membayar agen yang merekrut pelajar. Anda dan ibu bapa yang tidak tahu apa-apa terus bersetuju tanpa pergi buat spot check terlebih dahulu.
Kesimpulannya, persepsi negatif terhadap IPTS itu boleh dihapuskan sekiranya anda tahu bagaimana mengenal pasti IPTS yang terbaik. Persepi negatif itu timbul kerana anda sendiri yang tidak menyelidik terlebih dahulu. Percaya bulat-bulat dengan apa yang diterangkan. Salah siapa?. Salah sendiri kan?. Berhenti menyalahkan orang lain. Selain itu, kami juga ingin kongsikan artikel berkaitan IPTS yang boleh membantu anda membuat pilihan yang tepat. Klik senarai dibawah.
Akhir kata, buatlah keputusan yang bijak dan jangan sesekali berputus asa dan semoga berjaya!.
Perlukan
bantuan?