Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 21, 2019, 07:47 am
Bagi lepasan SPM, keputusan UPU telah diumumkan. Yang berjaya ditawarkan tahniah diucapkan, kepada yang gagal korang bukannya tidak memenuhi syarat kelayakan tetapi rezeki yang tidak memihak. Apa pun jangan berputus asa, sambung belajar itu tetap satu kemestian tidak kiralah dimana sekalipun. Kelayakan dan ilmu sangat penting untuk pastikan kehidupan yang selesa kelak. Jadi, menerusi artikel ini kami kongsikan salah satu IPTS yang banyak tawarkan biasiswa dan pinjaman pendidikan yang boleh dipohon iaitu UCTS (University College of Technolgy Sarawak).
Mesti ramai yang tak berminat sebab lokasinya walaupun ada biasiswa yang ditawarkan kan?. Untuk makluman, Sarawak bukanlah negeri yang seperti mana korang bayangkan. Tentu korang fikir Sarawak ni kurang kemudahan asas, tak ada panggung wayang, makanan tak sedap dan pelbagai lagi cerita tak betul yang lain. Sebenarnya, ianya tidak benar sama sekali, cubalah pergi ke Sarawak dan lihat sendiri negeri tersebut. Jangan malukan diri sendiri dengan anggapan bahawa Sarawak tu negeri terpencil, rumah atas pokok. Buat malu saja, nampak sangat korang tu tak pernah pergi ke sana dan memandai sebarkan berita yang tidak betul.
Kalau bukan masalah lokasi mesti bab kewangan yang korang fikirkan kan?. Jangan risau, inilah tujuan artikel ini dikongsikan, kami akan senaraikan biasiswa dan pinjaman pendidikan yang boleh dipohon. Kalau tak berjaya dapat biasiswa sekalipun, pastikan korang tamat pengajian dengan kelas pertama. Tak perlulah bayar hutang pinjaman contohnya pinjaman PTPTN, tak kiralah korang sambung belajar di IPTA atau IPTS untuk peringkat degree, kalau dapat kelas pertama tak perlu bayar balik pinjaman. Kepada yang layak memohon biasiswa, sila jangan lepaskan peluang untuk memohon. Berikut kami kongsikan biasiswa dalaman yang ditawarkan :
Selain biasiswa dalaman UCTS, korang pun boleh memohon biasiswa luar yang turut ditawarkan seperti berikut :
Misal kata tak berjaya dalam permohonan, boleh semak senarai keseluruhan biasiswa dan pinjaman pendidikan yang masih layak dipohon dengan klik link : https://bit.ly/2JxhhQc .Takkan semuanya gagal kan?.
Untuk yang berminat melanjutkan pengajian di UCTS, boleh memohon ke mana-mana program pengajian yang kami senaraikan seperti berikut :
Foundation
Penajaan penuh untuk menampung yuran pengajian bagi yang berkelayakan untuk kemasukan bulan Mei dan September :
Ijazah Sarjana Muda (Degree)
School of Engineering and Technology (SET)
School of Business and Management (SBM)
School of Built Environment (SBE)
School of Computing & Creative Media (SCM)
Risau kalau tak ada peluang pekerjaan selepas tamat pengajian?. Semua program yang ditawarkan memenuhi keperluan industri semasa memandangkan UCTS banyak bekerjasama dengan pihak industri bagi memastikan pembelajaran yang diberikan kepada pelajar seiring dengan kemahiran yang diperlukan di alam realiti pekerjaan. Disebabkan itulah, ramai pelajar UCTS yang mudah mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Bukan seperti sesetengah institusi yang masih mengguna pakai modul pembelajaran lama yang tidak relevan lagi dengan kemahiran semasa yang diperlukan. Disebabkan itulah ramai yang menganggur.
Kepada yang berminat dengan program pengajian yang ditawarkan dan ingin memohon boleh terus klik : https://afterschool.my/university-college-of-technology-sarawak. Kemudian klik "apply online". Diharapkan, perkongsian ini membuka mata korang untuk memilih IPTS yang tepat. Untuk tip memilih IPTS bagi elak ditipu, korang boleh muat turun e-book panduan memilih IPTS yang terbaik menerusi link berikut : https://afterschool.my/bm/ebook/e-book-panduan-memilih-ipts-terbaik Semoga berjaya!.
Perlukan
bantuan?