Ketahui 10 Buah IPTS Asing yang Tawarkan Peluang Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara dengan Kadar Yuran yang Rendah Sama Seperti di Malaysia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 16, 2017, 10:18 am

Ramai yang memasang impian untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Dianugerahkan kelayakan akademik dari universiti luar negara, tentunya menarik perhatian banyak syarikat besar yang bakal menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan.

 

Walau bagaimanapun, tidak semua mempunyai nasib baik untuk menampung kos pengajian yang tinggi atau melanjutkan pengajian melalui tajaan biasiswa. Jadi, salah satu cara untuk memperolehi kelayakan akademik luar negara tanpa perlu melanjutkan pengajian di sana adalah melalui kampus cawangan universiti asing (foreign campus) yang ditubuhkan di Malaysia. 

 

    

 

Untuk pengetahuan anda, foreign campus yang beroperasi di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dari universiti berprestij luar negara. 

 

Foreign campus menjadi pilhan pelajar disebabkan yuran pengajian dan kos sara hidup yang rendah berbanding jika mereka melanjutkan pengajian di kampus induk yang terletak di luar negara. Pelajar yang mempunyai masalah kewangan, boleh memohon belajar di dalam negara sahaja. 

 

   

 

Walau bagaimanapun, berita gembira bagi anda yang masih mengharapkan peluang untuk merasai pengalaman belajar di luar negara, pelajar dibenarkan memilih untuk mengikuti pengajian di universiti induk yang terletak di luar negara selama satu atau dua semester. 

 

Paling menarik, walaupun pada semester anda mengikuti pengajian di luar negara, anda masih membayar yuran pengajian kampus cawangan yang murah berbanding di kampus induk luar negara.

    

 

Selain itu, foreign campus menawarkan peluang kepada graduan yang tamat pengajian ijazah untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat pasca siswazah di kampus induk universiti di luar negara. 

 

Jadi tunggu apa lagi?. Buatlah permohonan sebelum terlambat. Layari laman web rasmi universiti yang kami senaraikan dibawah untuk ketahui program pengajian yang ditawarkan, syarat kelayakan, yuran pengajian, tarikh permohonan dan sebagainya. 

 

 

Klik pada pautan mengikut universiti seperti dibawah :

 

 

Selepas anda selesai menyemak semua maklumat mengenai program pengajian yang ingin dipohon, kami juga mencadangkan supaya anda menyemak status kelayakan program pengajian berkenaan di laman rasmi MQA bagi memastikan program tersebut diiktiraf. Untuk panduan semakan KLIK DISINI.

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail