Senarai Kursus Perubatan di IPTS yang Diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 20, 2018, 09:33 am

Ramai ke yang berminat ke bidang perubatan dan ingin menceburi kerjaya kedoktoran?. Kami pasti tentu ramai yang memasang niat untuk menjadi doktor tetapi tahukah anda bahawa tempat yang disediakan di Universiti Awam (UA) bagi kursus perubatan adalah terhad. Disebabkan itulah baru-baru ini, ramai pelajar cemerlang yang gagal ke program perubatan di UA kerana kuota kemasukan sudah penuh. Jadi, takkan hendak berputus asa kalau tidak berjaya ke UA. Sama sekali tidak bukan. 

 

 

Jangan bersedih, apa kata anda teruskan impian itu dengan memohon ke IPTS yang turut diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Berikut kami senaraikan keseluruhan kursus perubatan di Malaysia yang diiktiraf oleh MMC dan MQA. Sekiranya anda masih berminat mengejar cita-cita tersebut, boleh terus ke laman rasmi universiti dan buatlah permohonan. Majoriti IPTS masih lagi membuka permohonan kepada pelajar. 

 

Selain itu, terdapat juga program perubatan yang diiiktiraf atas kerjasama IPTS tempatan dengan institusi perubatan luar negara. Anda kenal Dr Amalina Che Bakri pelajar cemerlang SPM tahun 2004. Kalau anda minat dalam bidang perubatan, tentu anda kenal beliau. Beliau kini sedang menjalani surgical training di Royal College of Surgeons, Ireland dan bakal menjadi Pakar bedah Breast and Oncoplastic kelak. Hebat bukan?. Jadi sekiranya anda rasa terinspirasi dengan kejayaan beliau, anda boleh memohon ke Royal College of Surgeons Ireland yang terletak di Pulau Pinang (Perdana University). Ianya adalah Twinning program dengan universiti induk di sana dan diiktiraf oleh MMC. 

 

 

 

Jadi diharapkan dengan perkongsian ini, dapatlah anda membuat pilihan yang tepat. Jangan sesekali berputus asa untuk mengejar impian anda. Terdapat banyak bantuan pendidikan, biasiswa yang boleh dipohon. Untuk ketahui biasiswa terkini yang ditawarkan, KLIK DISINI. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan semoga berjaya!.

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail