Tarikh Kemaskini UPU Online Lepasan STPM dan Setaraf

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 01, 2021, 09:35 am

Tarikh kemaskini UPU Online Lepasan STPM dan Setaraf. Kepada anda yang mengemukakan permohonan UPU pada tahun ini, anda boleh mengemakini permohonan berdasarkan keputusan peperiksaan pra universiti masing-masing atau jika gagal dipanggil untuk temuduga bagi program pengajian yang dipohon.

Kemaskini program pengajian ini sangat penting kerana secara automatiknya anda telah gagal dalam program pengajian bertemuduga yang dipohon secara tidak dipanggil untuk temuduga. Berikut adalah hebahan tarikh kemaskini permohonan UPU Online bagi lepasan STPM dan setaraf.

Kebiasaanya fasa kemaskini permohonan ini dibuka selepas keputusan akademik diumumkan dan program temuduga telah diadakan. Anda yang sebelum ini memohon ke program pengajian yang tidak memenuhi syarat kelayakan program selepas keputusan diperolehi boleh menukar program pengajian. Jika anda masih teruskan dengan program pengajian yang sama, permohonan anda akan gagal bagi program yang tidak memenuhi syarat kelayakan am dan khas program pengajian. 

Dalam fasa kemasini ini juga, anda boleh membuat susunan program pengajian mengikut keutamaan selain strategi penyusunan program pengajian yang sangat penting untuk berjaya dalam permohonan UPU kelak. Untuk yang ingin mengemaskini program pengajian boleh layari laman rasmi permohonan UPU ONLINE

Semoga berjaya!

ARTIKEL MENARIK LAIN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail