QS World University Ranking 2022: Universiti Awam & Universiti Swasta Terbaik di Malaysia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 09:58 am

QS World University ranking 2022 telah diumumkan. Kedudukan universiti-universiti terbaik di Malaysia semakin jatuh berbanding tahun-tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, kedudukan mereka boleh dijadikan panduan untuk anda memilih sambung belajar ke universiti terbaik di Malaysia. Berikut dikongsikan kedudukan semasa universiti awam dan universiti swasta terbaik di Malaysia. 

 

Mengikut ranking diatas, dapat disenaraikan Universiti Awam dan Swasta terbaik di Malaysia (top public university and private university in Malaysia) mengikut turutan :

 

Universiti Awam (IPTA) Terbaik

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  5. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  7. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  8. University Malaysia Pahang (UMP)
  9. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  11. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  12. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 

Manakala universiti swasta (IPTS) terbaik pula adalah :

  1. Taylor's University
  2. UCSI University
  3. University Teknologi Petronas (UTP)
  4. Management and Science University (MSU)
  5. Sunway University
  6. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  7. Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
  8. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  9. Multimedia University (MMU)

 

Jadi kepada anda yang sedang mencari universiti awam (IPTA) terbaik atau (IPTS) universiti swasta terbaik bolehlah memohon ke salah satu universiti yang disenaraikan. Kualiti yang tidak perlu dipertikaikan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Universiti inilah yang menyediakan kualiti pembelajaran dan tenaga pengajar yang terbaik memandangkan penilaian yang dibuat merangkumi tenaga pengajar, kualiti pembelajaran dan sebagainya. Jadikan senarai ini sebagai panduan untuk memilih yang terbaik. Universiti awam sekalipun tidak semestinya berkualiti. Semoga berjaya!.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail