Universiti Mana yang Tawar Biasiswa Kepada Semua Pelajar Tanpa Sebarang Kuota Biasiswa?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 24, 2019, 03:09 am

Ramai yang menfokuskan IPTA untuk sambung belajar. Alasannya kalau sambung di IPTS, yuran pengajian mahal dan perlu keluar duit yang banyak. Tetapi tahukah anda belajar di IPTA pun bukannya PERCUMA dan kebanyakkanya tidak menawarkan biasiswa dalaman kepada pelajar. Kalau ada sekalipun,  terpaksa berebut dengan berpuluh atau mungkin beratus yang memohon walaupun anda memenuhi syarat kelayakan paling tinggi. Mampu ke bersaing dengan semua tu?.

 

Tetapi tahukah anda, terdapat IPTS yang tawarkan biasiswa tanpa perlu hadiri temuduga biasiswa dan bersaing dengan pemohon yang lain kerana semua yang memenuhi syarat kelayakan akan ditawarkan. Katakan 1 ribu yang layak, semuanya akan ditawarkan. Tak perlu berebut!. Anda juga tak perlu membuat permohonan secara berasingan sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan. Bermaksud surat tawaran sambung belajar akan diberikan bersama-sama biasiswa!. 

 

IPTS yang dimaksudkan itu adalah Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL). Terdapat 11 bantuan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar tetapi yang hendak dikongsikan adalah tawaran biasiswa dan pengecualian yuran pengajian sebanyak 50% setiap semester. Berikut adalah senarai jumlah biasiswa penuh dan sebahagian berserta syarat kelayakan. 

 

 

Jika anda berjaya memenuhi syarat kelayakan diatas, anda tak perlu lagi memohon biasiswa. Ianya diberikan secara automatik oleh IUKL bersama-sama surat tawaran. Manakala potongan 50% yuran pengajian pula diberikan pada semester kedua dan keatas sekiranya anda berjaya mengekalkan rekod akademik yang cemerlang.

 

Biasiswa banyak pun tak guna kalau IPTS yang dipohon tak berkualiti kan?. Hasil semakan kami, IUKL bukanlah calang-calang universiti, mereka mendapat pengiktirafan bagi setiap kursus pengajian yang ditawarkan antaranya daripada badan-badan profesional dalam dan luar negara seperti Board of Engineers Malaysia (BEM), Board of Architects Malaysia (LAM), Land Surveyors Board (LJT), Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Washington Accord, CISCO, International Organization for Standardization (ISO), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan banyak lagi. Ingat senang nak dapat pengiktirafan kalau tak berkualiti?.

 

 

Selain itu, IUKL turut berkolaborasi dengan pelbagai universiti hebat di peringkat antarabangsa bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan seiring dengan keperluan semasa dunia pekerjaan hari ini. Pendek kata, kualiti dan peluang pekerjaan sentiasa menjadi keutamaan mereka. Antara universiti yang bekerjasama dengan IUKL adalah :

 

 

Jadi, anda tak perlu bimbang lagi mengenai kualitinya dan semua kursus pengajian juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pengiktirafan MQA sangat penting kerana, dengan pengiktirafan tersebut barulah anda boleh memohon pekerjaan dengan sijil akademik yang diperolehi selepas tamat pengajian. Jika tidak sijil dikira sebagai tidak laku!. 

 

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai IUKL, kami sarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat secara PERCUMA daripada kaunselor Afterschool sebelum mengemukakan permohonan. Jangan risau, tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Nasihat daripada pakar kaunselor yang sangat arif dalam bidang pendidikan sangatlah penting terutamanya anda yang masih keliru memilih kursus pengajian manakah yang bersesuaian dengan minat dan kerjaya di masa hadapan. Untuk menyemak senarai kursus pengajian yang ditawarkan dan berhubung dengan kaunselor bagi mendapatkan pandangan mereka, anda boleh KLIK DISINI dan klik apply now seperti dibawah. Pihak kaunselor akan berhubung dan membantu anda membuat pilihan yang tepat. 

 

 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda melanjutkan pengajian secara PERCUMA walaupun di IPTS. Buatlah pilihan yang bijak. Suka kami ingatkan sekali lagi, belajar di IPT mana tidak penting tetapi pastikan ada kualiti dalam pembelajaran, kursus pengajian yang memenuhi pasaran kerja (penting jika tak nak menganggur kelak). Untuk tip pilih IPTS yang terbaik, anda boleh juga muat turun e-book PERCUMA dengan KLIK DISINI. Semoga berjaya!. 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail