10 Program Pengajian Popular Universiti Awam yang Menjadi Pilihan Pertama & Paling Ramai Calon Memohon dalam UPUOnline

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 05, 2022, 07:49 am

Setiap tahun UPUONLINE menerima berpuluh ribu permohonan kemasukan ke universiti awam, politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti. Walau bagaimanapun, kuota tempat yang ditawarkan sangatlah terhad. Bagi menentukan calon manakah yang lebih layak, UPUonline telah mengguna pakai kaedah meritokrasi berdasarkan kiraan merit dimana 90% adalah keputusan akademik dan 10% markah kokurikulum. 

 

Permohonan calon disusun mengikut ranking kedudukan berdasarkan markah merit sehinggalah jumlah kekosongan diisi sepenuhnya. Sebab itulah jangan hairan jika terdapat calon yang memperolehi keputusan cemerlang dan memenuhi syarat kelayakan tetapi masih gagal ditawarkan ke kursus pengajian yang dipohon. 

 

Semakin ramai yang memohon, semakin tinggilah persaingan dan tipislah harapan untuk berjaya ditawarkan. Berikut adalah 10 program pengajian paling popular dan paling ramai calon yang memohon dalam UPUONLINE. Kalau boleh cuba elakkan untuk memohon ke salah satu program dan di universiti yang disenaraikan sekiranya markah merit anda tidaklah begitu tinggi. 

 

 

Jika anda sudah pun terlanjur membuat permohonan, kami nasihatkan sediakan payung sebelum hujan.  Buatlah persediaan untuk menerima keputusan sekiranya gagal dalam permohonan. Kenal pasti universiti swasta yang turut menawarkan program pengajian yang sama. Jangan risau mengenai yuran pengajian sebab sekarang pembelajaran pun secara atas talian dan banyak universiti swasta yang memberi diskaun yuran pengajian kepada pelajar termasuk biasiswa. Biasiswa pula bukanlah untuk pelajar cemerlang sahaja. 

 

Bagaimana cara hendak menyemak universiti lain yang menawarkan program-program diatas berserta yuran pengajian?. 

 

Akhir kata, kepada anda yang memohon ke salah satu program diatas, eloklah buat persediaan sekiranya gagal dalam permohonan. Jangan sudah gagal baru hendak cari laluan dan pilihan yang lain. Semak terus universiti mana yang tawarkan, kos pengajian, syarat kelayakan dan sebagainya. Anda juga boleh terus memohon. 

 

Sebaik sahaja keputusan UPUONLINE diumumkan kelak bolehlah buat keputusan sama ada untuk terima apa sahaja kursus yang ditawarkan di universiti awam atau tolak tawaran dan terima tawaran sambung belajar dalam kursus yang diminati di IPTS. Ingat tempoh pengajian itu hanyalah 3-5 tahun tetapi sijil sangatlah penting dan akan dibawa ke mana sahaja untuk memohon pekerjaan kelak. Jangan disebabkan universiti, terus sambung belajar dalam kursus yang tak diminati dan tiada potensi kerja. Baca juga artikel berkaitan dibawah sebagai panduan. Semoga berjaya!

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail