Cara Memohon/Keputusan/Ikatan Perjanjian Biasiswa Mymaster KPT untuk Pengajian Master di IPTS/UA

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2022, 04:44 pm

Seperti mana dalam artikel sebelum ini, kami telah kongsikan syarat kelayakan dan IPTS/UA manakah yang layak untuk membuat permohonan. Oleh itu, menerusi artikel pada kali ini kami kongsikan tatacara permohonan Mymaster ini.

 

PROSUDER PERMOHONAN

 

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses
  • Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan
  • Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini
  • Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima
  • Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat
  • Dokumen sokongan format PDF yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:
    • Salinan kad pengenalan (280 KB)
    • Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muat turun format di Lampiran (Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan sahaja) (300 KB)
    • Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah Sarjana (400 KB)
    • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan) (200KB)
    • Borang Pengesahan Maklumat Pemohon (400 KB)

 

KEPUTUSAN PERMOHONAN

 

  • Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bermesyuarat secara berkala.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa dan pemohon perlu mencetak surat tawaran secara atas talian.
  • Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran program.
  • Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.
    • Pelajar juga bertanggungjawab untuk memberikan sesalinan surat tawaran program kepada pihak Bendahari dan Sekolah Pengajian Siswazah IPT serta memastikan invois yuran pengajian bagi setiap semester dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT.
 

IKATAN PERJANJIAN

 

Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin. Walau bagaimanapun, tiada ikatan Perjanjian untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak selepas tamat pengajian. Perjanjian boleh ditamatkan dan tuntutan ganti rugi boleh dikenakan terhadap pelajar sekiranya:

  • Menarik diri atau menangguh pengajian tanpa kebenaran
  • Pelajar diberhentikan pengajian oleh IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang telah ditetapkan di bawah peraturan IPT berkenaan
  • Pelajar gagal dalam pengajian
 

KLIK DISINI untuk semakan SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

KLIK DISINI untuk semakan senarai IPTS/UA yang layak memohon biasiswa ini

KLIK DISINI untuk muat turun Borang Pengesahan Maklumat Pemohon

KLIK DISINI untuk muat turun format proposal (Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan sahaja)

KLIK DISINI untuk Panduan mengimbas dokumen sokong

KLIK DISINI untuk semak SOAL JAWAB Mymaster

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail