Biasiswa & Pinjaman Pendidikan yang Ditawarkan oleh Semua Kerajaan Negeri yang Wajib Anda Tahu!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2022, 08:07 am

PERHATIAN :

SILA RUJUK TERUS LAMAN RASMI AFTERSCHOOL BAHAGIAN BIASISWA UNTUK SEMAK BIASISWA TERKINI DARI MASA KE SEMASA. KLIK PAUTAN BERIKUT : https://afterschool.my/bm/biasiswa

 

Ramai yang mengelak untuk membuat pinjaman PTPTN, bimbang jika dikenakan CCRIS, disenarai hitam semula dan sebagainya. Jika begitu, kenapa anda tidak memohon biasiswa atau pinjaman yang ditawarkan oleh kerajaan negeri masing-masing?. Bukankah lebih mudah?. Bukan sekadar pelajar di universiti awam sahaja, IPTS juga layak memohon.

 

 

Walaupun ada di antaranya adalah pinjaman yang WAJIB dibayar semula, tetapi tidaklah sampai disenarai hitam sehingga tidak boleh ke luar negara, tidak boleh beli rumah, kereta dan sebagainya sekiranya terlewat untuk membuat pembayaran. Ada sesetengah kerajaan negeri turut menawarkan pinjaman pemboleh ubah. Jika peminjam berjaya menamatkan pengajian kelas pertama, pinjaman berkenaan secara automatik akan ditukar kepada biasiswa.

 

Untuk pengetahuan anda juga, majoriti pinjaman dibawah kerajaan negeri tidak mengenakan sebarang faedah atau bahasa mudahnya, "bunga". Jumlah yang dipinjam sama sahaja dengan jumlah yang perlu dibayar semula. Ada sesetengah kerajaan negeri hanya meminta peminjam membayar 25% sahaja daripada jumlah keseluruhan pinjaman. Jadi, kalau anda mempunyai pilihan  untuk tidak memohon PTPTN, kenapa tidak?. 

 

 

Hendak tahu senarai pinjaman dan biasiswa berkenaan?. Klik senarai pautan link dibawah mengikut negeri masing-masing.

 

 

Perasan atau pun tidak, satu negeri yang tidak ada dalam senarai iaitu PERLIS. Hasil semakan kami, tiada sebarang pinjaman yang ditawarkan. Mungkin kami terlepas pandang. Kepada pihak yang berkenaan boleh hubungi kami sekiranya ada pinjaman atau biasiswa yang ditawarkan kepada anak negeri anda.

 

Sebenarnya, banyak lagi biasiswa dan pinjaman yang ditawarkan, ianya bergantung kepada tahap kepekaan anda untuk mencari peluang itu atau sebaliknya. Terpulang kepada kesungguhan masing-masing untuk meluangkan sedikit masa membuat kajian mengenai biasiswa yang ditawarkan. Jangan sampai tamat pengajian barulah rasa menyesal kerana tidak memohon. 

 

 

Suka juga diingatkan, semua biasiswa dan pinjaman ini BUKAN semuanya telah dibuka untuk tahun ini. Kami hanya kongsikan sahaja biasiswa dan pinjaman yang ditawarkan oleh kerajaan/yayasan negeri setiap tahun berserta dengan link untuk memudahkan anda menyemak dari masa ke semasa. Tarikh permohonan boleh rujuk terus di laman rasmi biasiswa yang telah kami kongsikan. 

SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT DAN DIKONGSIKAN KEPADA ORANG LAIN. SEMOGA BERJAYA!.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail