Pinjaman Pendidikan yang Ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 26, 2018, 09:52 am

PINJAMAN WANG PENGAJIAN TINGGI NEGERI MELAKA

 

 

 

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka.

 

Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka. TAPEM befungsi untuk mengurus dan mentadbir tabung bantuan atau pinjaman termasuklah untuk anak Melaka yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA iaitu (sila klik pautan berwarna biru untuk semak info pinjaman dan bantuan dengan lebih lanjut) :

 

  • Dermasiswa Pengajian Islam Kerajaan Negeri Melaka
    • Bermula tahun 2019 Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) mempelawa anak-anak Melaka memohon Dermasiswa Pengajian Islam Kerajaan Negeri Melaka bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian islam di Mesir, Jordan, Maghribi dan Indonesia.
  • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi
    • Peminjam ini ditawarkan kepada pelajar yang telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang tersenarai dalam tajaan Tabung Amanah PendidikanNegeri Melaka (TAPEM) sahaja.
  • Bantuan Institusi Pengajian Tinggi  
    • Bantuan ini pula adalah untuk bantuan awal selepas berjaya masuk ke universiti, jumlahnya pula bagi kami sedikit iaitu diploma RM300 manakala ijazah, master dan PhD RM400 berbanding majoriti negeri yang memberi bantuan sebanyak RM1000 dan ke atas. Kurang pasti tetapi jumlah ini dinyatakan di laman rasmi bantuan mereka. Jadi takkan tak dikemasini, ye tak?.

 

Syarat permohonan senang sahaja iaitu menerima tawaran kemasukan ke universiti/institusi pengajian tinggi yang ditetapkan sama ada ke UA atau IPTS. Jika disemak di portal rasmi mereka, tidak dinyatakan bahawa ianya adalah pinjaman pemboleh ubah atau sebaliknya. Satu lagi, tidak juga dinyatakan mengenai bayaran balik pinjaman. Walau bagaimanapun, kebiasaanya jika pinjaman kerajaan negeri ini, tiada sebarang faedah dikenakan. Untuk sistem permohonan rasmi, sila KLIK DISINI. Untuk tahun 2019, sistem permohonan telah pun dibuka. Tarikh tutup bagi SESI MEI adalah 31 Jun manakala SESI NOVEMBER : 31 Disember.

 

PINJAMAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

 

 

Negeri Sembilan juga menawarkan pinjaman pendidikan tetapi mereka tidak letakkan sebarang info mengenai pinjaman ini kecualilah memaklumkan bahawa bagi tahun 2019,  Pinjaman Pendidikan telah diselaraskan bersama PTPTN. Sehubungan dengan itu, Yayasan Negeri Sembilan telah diminta untuk memberi keutamaan kepada PTPTN dan pemohon dinasihatkan untuk memohon pinjaman PTPTN terlebih dahulu.

 

Pemohon yang gagal mendapat pinjaman PTPTN sahaja barulah layak memohon pinjaman Yayasan Negeri Sembilan dan perlu mengemukakan surat penolakan dari PTPTN sebagai bukti. Borang permohonan boleh diambil terus di pejabat Yayasan Negeri Sembilan di bangunan Yayasan Negeri, jalan Yam Tuan Seremban, Negeri Sembilan. Info lanjut, sila klik http://www.yns.gov.my atau boleh hubungi mereka terus di talian 06-7628046.

 

PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

 

 

Yayasan Pahang (YP) menawarkan Pinjaman Pendidikan dan Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah bagi anak negerinya yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP. 

 

  • Pinjaman Pendidikan 
    • Anak negeri Pahang yang melanjutkan pengajian ke peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan PhD di IPTS atau UA termasuklah ke universiti luar negara di timur tengah untuk pengajian ijazah sarjana muda layak untuk memohon. Dari segi jumlah pembiayaan tidak dinyatakan secara spesifik dan adakah dikenakan faedah atau sebaliknya, itu perlu dirujuk kepada pihak yayasan sendiri. Untuk info lanjut mengenai pinjaman dan biasiswa sila klik pautan berikut : PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG. Borang permohonan dikatakan perlu memohon terus ke pejabat Yayasan Pahang. Iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan April dan November atau pada bila-bila masa yang bersesuaian.
  • Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah
    • Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 2000. Skim ini dikhaskan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dan bayaran dibuat secara one-off.
    • Pada tahun 2019, pemberian geran sedia ada telah dijenama semula dan diberi sentuhan penambahbaikan melalui Geran Pra Siswazah dan Geran Pasca Siswazah.
    • Bagi kategori Geran Pra Siswazah akan menerima RM500 manakala Geran Pasca Siswazah akan menerima RM1000. PENERIMA HANYA BOLEH MEMOHON SEKALI SAHAJA BAGI SETIAP KATEGORI.
    • Untuk permohonan sila klik : Permohonan Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah

SEMOGA BERJAYA KAMI UCAPKAN!

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail