Pinjaman Pendidikan yang Ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kelantan & Terengganu!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 26, 2018, 01:25 am

PINJAMAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

Pinjaman ini layak dipohon oleh warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang untuk melanjutkan pengajian ke Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia). Pinjaman ini ditawarkan untuk peringkat pengajian bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD. Jika anda berminat, boleh KLIK DISINI untuk info lanjut permohonan dan syarat kelayakan yang lain. 

PINJAMAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN (YAKIN)

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan atau Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YAKIN.

Peringkat Pengajian yang Ditaja

  1. Ijazah Pertama / Diploma / Sijil di Institusi Pengajian Tinggi Awam [ IPTA ]
  2. Ijazah / Diploma di UNISZA [ kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah ]
  3. Ijazah Pertama Universiti-universiti / Pusat Pengajian Tinggi yang diiktiraf JPA di luar negara (Mesir, Jordan, Indonesia).

Selepas tamat pengajian, pelajar boleh memohon untuk dipertimbangkan pengecualian pembayaran balik sebanyak 25% daripada pinjaman jika memperolehi keputusan peperiksaan akhir yang cemerlang menurut syarat-syarat yang ditetapkan. Pinjaman ini dibuka sekitar bulan Jun setiap tahun.  Untuk info lanjut dan cara untuk memohon, sila klik pautan berikut : Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Kelantan.

PINJAMAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

Pinjaman ini ditawarkan untuk anak Terengganu yang ingin melanjutkan pengajian institut pengajian tinggi dibawah tajaan Majlis Agama Islam Terengganu. Untuk info lebih lanjut berkaitan syarat kelayakan, tarikh permohonan dan sebagai sila klik pautan berikut : Dermasiswa & Bantuan Am IPT. Untuk pinjaman dibawah Yayasan Terengganu untuk tahun 2019, masih belum ada maklumat yang dikongsikan. Semak dari masa ke semasa untuk hebahan pinjaman berkenaan di laman rasmi https://www.yt.gov.my. SEMOGA BERJAYA!

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail