Biasiwa/Pinjaman Pemboleh Ubah Pendidikan yang Ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perak!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 26, 2018, 08:55 am

PINJAMAN PEMBOLEH & BIASISWA NEGERI SELANGOR

 

Banyak jenis biasiswa dan pinjaman yang ditawarkan kepada rakyat Selangor yang mungkin anda sendiri tidak tahu. Jadi kami kongsikan senarai biasiswa/pinjaman yang berada dibawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS). Sila klik senarai biasiswa dan pinjaman untuk maklumat kelayakan dan info lanjut permohonan dan lain-lain. 

 

 

 

Bertuahlah rakyat Selangor di atas pengurniaan pinjaman dan biasiswa ini. Jadi jangan lupa untuk memohon. Sangat berbaloi kerana berpeluang mendapat tajaan biasiswa. 

 

PINJAMAN PEMBOLEH UBAH NEGERI PERAK

 

 

Pinjaman pemboleh ubah negeri Perak ini juga sangat menarik. Anak Perak yang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam dan IPTS dalam pengajian diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (PHD) dan mana-mana pelajar yang melanjutkan pengajian ke Jordan dalam bidang pengajian islam layak memohon pinjaman ini. 

 

Paling menarik jika berjaya menamatkan pengajian di kelas pertama PINJAMAN akan BERTUKAR kepada biasiswa!. Kalau tidak mendapat kelas pertama pun, tiada sebarang caj interest dikenakan. Bermaksud pinjam sebanyak itu, bayar pun jumlah yang dipinjam sahaja. Ada sesiapa anak Perak yang tidak tahu mengenai pinjaman ini sebelum ini?. Alahai ruginya!. Mereput lah kau bayar bunga PTPTN. 

 

Kepada yang bakal melanjutkan pengajian, masih sempat lagi memohon. Sila klik pautan berikut untuk ke laman rasmi permohonan: PINJAMAN PEMBOLEH UBAH NEGERI PERAK.

 

Sila klik juga info syarat permohonan dan senarai IPT yang ditaja. Sama juga, kalau gagal ke UA boleh mohon ke IPTS yang dalam senarai tajaan. Hidup tu jadi cerdik sikit boleh tak?. Biarkan berbaloi keputusan yang dibuat semasa hendak memilih IPTS manakah yang terbaik selain program pengajian yang diminati dan diiktiraf oleh MQA. 

 

"HIDUP ZAMAN SEKARANG PERLU PANDAI MENCARI PELUANG, PANDAI SAHAJA TAK CUKUP"

SEMOGA BERJAYA!

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail