Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 29, 2018, 08:36 am
Kerajaan negeri Sabah menawarkan biasiswa kepada warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan. Menariknya, permohonan terbuka kepada pemohon yang melanjutkan pengajian di mana-mana IPT tempatan tidak kira IPT awam mahu pun swasta. Walau bagaimanapun, biasiswa ini tertakluk kepada bidang pengajian tertentu sahaja. Untuk info penuh mengenai biasiswa ini, sila klik pautan berikut : BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH.
Negeri Sarawak menawarkan biasiswa dan pinjaman kepada anak negerinya. Berikut adalah senarai biasiswa dan pinjaman yang ditawarkan :
Sungguh pun begitu, jika anda yang ingin membuat pinjaman, anda wajib memohon PTPTN terlebih dahulu. Sekiranya gagal dalam permohonan PTPTN barulah akan dipertimbangkan jika anda memohon pinjaman kerajaan negeri. Berkenaan dengan bayaran balik pinjaman, kerajaan negeri memberi beberapa potongan diskaun bayaran balik kepada pelajar sekiranya peminjam membuat permohonan insentif selain membuat bayaran balik secara konsisten. Kepada yang berkelayakan boleh memohon biasiswa yang ditawarkan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!.
Biasiswa yang ditawarkan ini adalah dibawah Skim Biasiswa Pengajian Tinggi. Bantuan kewangan ini diberikan kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. Selain itu, terdapat juga bantuan awal IPT untuk kemasukan pendaftaran semasa di semester 1 tahun pertama di IPT. Untuk info lebih lanjut berkaitan SKIM BIASISWA PENGAJIAN TINGGI dan BANTUAN AWAL IPT, sila klik pautan berwarna biru berkenaan. Kemudian klik pada bahagian tab : insiatif YWP dan klik pendidikan. Akan terpaper senarai biasiswa yang kami kongsikan.
Biasiswa Pelajaran Negeri Johor menawarkan biasiswa pengajian tinggi seperti berikut :
Sila klik setiap link berwarna biru untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info setiap biasiswa dan pinjaman. Untuk tahun 2019, permohonan sesi 1 telah ditutup tunggu sesi kedua yang akan dibuka sekitar bulan Jun 2019. Kepada yang sedang dalam pengajian pastikan baki tahun pengajian mestilah melebihi 1 tahun dan tidak menerima pinjaman atau biasiswa daripada mana-mana pihak. Jadi kepada yang baru hendak memohon masuk ke universiti, boleh mohon pada bulan OGOS nanti apabila keputusan UPU diumumkan kelak.
Pinjaman pelajaran Lembaga Biasiswa Negeri Kedah merupakan satu bantuan pinjaman kewangan yang diberikan kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi. Pinjaman yang diberi adalah bermula dari peringkat sijil hinggalah peringkat ijazah pertama di institusi-institusi pengajian di dalam negara yang tersenarai dalam senarai institusi yang menerima tajaan LBNK. Kadar pinjaman yang ditetapkan adalah mengikut peringkat pengajian dan jumlah tahun pengajian pelajar tersebut.
Permohonan dibuka mulai 15 Ogos sehingga 15 September setiap tahun. * Bergantung kepada perubahan semasa. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui laman web LBNK di alamat www.lbnk.gov.my. Semua IPT awam layak untuk memohon manakala untuk IPTS ada sebahagiannya sahaja yang layak memohon. Untuk info lanjut berkaitan biasiswa, syarat kelayakan, jumlah pinjaman dan sebagainya, sila KLIK DISINI.
SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBANTU!.
Perlukan
bantuan?