Punca Gagal Dipanggil untuk Temuduga Kursus Pengajian UPU Online Walaupun Memenuhi Syarat Kelayakan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 01, 2021, 07:44 am

Keputusan panggilan temuduga kursus pengajian di universiti awam telah diumumkan, ramai yang kecewa apabila gagal dipanggil untuk ke temuduga UPU online. Apa punca anda gagal ke peringkat temuduga UPU online sedangkan anda memang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Jika tidak masa kan boleh mohon kerana kursus yang layak sahaja akan tersenarai dalam pilihan kursus pengajian sebelum ini. 

 

 

Untuk menjawab persoalan ini, mudah sahaja. Walaupun anda memenuhi syarat kelayakan tetapi beribu permohonan yang memohon ke kursus dan universiti yang sama sedangkan kuota tempat sangatlah terhad. Jadi, mereka yang berjaya ke peringkat temuduga adalah dalam kalangan pemohon yang mempunyai markah merit yang tinggi.

 

Kami beri contoh mudah, katakan kursus kejuruteraan di UTHM membuka tawaran untuk 200 orang sahaja pelajar baru bagi kemasukan pada tahun ini. Jumlah yang memohon melalui UPU Online dan memenuhi syarat kelayakan pula adalah 10 ribu orang. Jadinya, takkan nak temuduga 10 ribu orang, tahun depan pun belum tentu habis. Maka, saringan dibuat berdasarkan kiraan markah merit 90% akademik dan 10 % kokurikulum. Dengan kuota 200 tempat berkenaan, kemungkinan 250 pelajar dipanggil untuk temuduga dan hanya 200 orang sahaja akan berjaya ditawarkan ke kursus kejuruteraan di UTHM. Bagaimana kiraan markah merit dibuat oleh UPU?. Boleh klik untuk baca artikel berikut: Kaedah Meritokrasi Tentukan Nasib Pemohon UPU Online!

 

Nasihat kami, pastikan anda bukan sekadar cemerlang akademik tetapi kokurikulum. Ramai yang gagal juga disebabkan 10% berkenaan. Nampak kecil sahaja peratusannya tetapi itulah yang membezakan anda dengan pemohon cemerlang lain. Sekarang ramai yang pandai tetapi tak ramai yang aktif dalam aktiviti kokurikulum.

 

Kepada yang gagal dipanggil ke temuduga UPU online, anda memang sudah tiada harapan untuk ditawarkan ke kursus berkenaan. Terdapat 2 pilihan sahaja, sama ada tunggu second intake universiti yang akan dibuka sekitar bulan September-Disember (KLIK untuk baca mengenai second intake universiti awam) atau memohon sahaja ke IPTS (Klik untuk semak panduan memohon ke IPTS terbaik selain untuk elak ditipu). Anda juga boleh baca artikel panduan dibawah yang berkaitan. Semoga berjaya!

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail