Gagal Permohonan UPU, Apa Perlu Anda Buat?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 01:54 am

Sebelum ini kami telah kongsikan tarikh penting, kriteria pemilihan, rayuan, punca gagal dalam permohonan dan sebagainya tetapi bagaimana sekiranya anda gagal dalam permohonan UPU tidak kira lepasan SPM/SETARAF atau STPM/Setaraf (rayuan fasa 1 dan fasa 2) termasuklah permohonan rayuan?. Apakah langkah persediaan yang boleh dilakukan bagi memastikan anda tetap sambung belajar?. Untuk membantu anda, berikut kami kongsikan antara tip & langkah yang boleh dipertimbangkan kelak.

 

 

#PERTAMA

 

Buat sahaja rayuan. Jangan berputus asa. Sudah diberi peluang untuk mengemukakan rayuan, teruskan sahaja sebelum membuat keputusan ke IPTS. Jangan mudah mengalah, ramai sahaja pemohon sebelum ini yang tidak mengalah dan akhirnya berjaya ditawarkan walaupun memperolehi keputusan yang kurang baik. Klik link berikut untuk langkah membuat permohonan: Langkah Permohonan RAYUAN UPU LEPASAN SPM/SETARAF, LANGKAH PERMOHONAN RAYUAN UPU LEPASAN STPM/SETARAF. Untuk rayuan lepasan STPM/setaraf akan dikemaskini kemudian sebaik sahaja keputusan diumumkan. 

 

#KEDUA

 

Dalam permohonan rayuan, anda dibenarkan memilih  4 kursus pilihan dalam senarai yang diberikan mengikut kelayakan masing-masing. Jadi, nasihat kami pilihlah kursus yang jarang dipohon & yang mempunyai kemahiran. Ini kerana,  jika di IPTS mereka menawarkan kursus berkaitan dengan kemahiran memandangkan industri semasa sangat memerlukan graduan berkemahiran seperti kursus Graphic Design, Programming, Arts & accounting. TETAPI malangnya, tidak ramai graduan berminat melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang ini. Jadi, pilihlah kursus pengajian yang memenuhi keperluan industri semasa sekaligus menjanjikan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian kelak. 

 

Manakala UA, walaupun menawarkan kursus yang tidak memenuhi permintaan industri tetapi mereka perlukan tenaga pengajar untuk mengajar kursus lama yang masih ditawarkan bagi tujuan pengekalan warisan negara seperti kursus Konservasi Warisan, Kesusasteraan Warisan, Seni Persembahan, Warisan Budaya. Sebagai contoh, UMK kekurangan tenaga pengajar dalam bidang ini kerana jumlah pelajar yang sedikit menyebabkan mereka kekurangan sumber tenaga pengajar yang pakar dalam bidang ini. Maka inilah laluan mudah untuk anda menjadi pensyarah di Universiti Awam (UA), asalkan anda sambung pengajian ke pringkat ijazah sarjana (master) selepas sahaja tamat pengajian ijazah sarjana muda. 

 

#KETIGA

 

Sementara menunggu keputusan rayuan, rajinkan diri membuat research mengenai IPTS manakah yang menawarkan kursus yang diinginkan. Tip memilih kursus di IPTS sama seperti yang kami kongsikan iaitu kursus yang ada kemahiran. Jangan risau di IPTS majoriti kursus memang mempunyai kemahiran dan memenuhi permintaan industri. Cara menyemak kursus?. Mudah sahaja, layari laman rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk buat semakan kursus pengajian mengikut kursus yang ingin dipohon dan IPTS yang menawarkannya. Layari laman web MQA untuk buat carian dan boleh semak contoh carian dalam gambar dibawah. Taip sahaja "perubatan" dan pilih type of qualification contohnya. Kemudian klik search. Sebaik sahaja senarai kursus dipaparkan, klik pada "papar" untuk semak lebih lanjut mengenai kursus tersebut.  

 

 

Senaraikan IPTS yang menawarkan kursus yang diinginkan, kemudian layari terus laman rasmi IPTS berkenaan untuk semak syarat kelayakan kursus, yuran pengajian, tarikh pengambilan dan sebagainya. Sekiranya anda ingin kaunselor Afterschool membantu mencadangkan IPTS manakah yang terbaik sesuai ngn kursus pengajian yang diminati, jangan segan silu untuk terus set appointment  set appointment untuk dapatkan nasihat kaunselor pendidikan AFTERSCHOOL secara PERCUMA secara online. Anda juga boleh menyemak senarai IPTS berserta program pengajian yang ditawarkan, yuran pengajian, tempoh pengajian dan sebagainya. Pihak kaunselor akan memberi maklum balas dalam tempoh 48 jam. Khidmat nasihat ini adalah PERCUMA sahaja.

 

#KEEMPAT

 

Tip memilih IPTS terbaik, pilih IPTS yang menawarkan program pengajian yang memenuhi permintaan semasa pekerjaan, pembiayaan pendidikan yang mudah atau yang tawarkan biasiswa kepada pelajar atau setidak-tidaknya anda hanya perlu bayar separuh sahaja yuran. Anda boleh dapatkan info tersebut di laman rasmi mereka. Antara IPTS yang berkualiti dan terbaik di Malaysia adalah MMU, MSU, LIM KOK WING, IUKL, UNITEN, UTP dan banyak lagi. Jika anda berminat untuk ke kemahiran, boleh ambil diploma kemahiran contohnya di JMTI, GMI, ADTEC yang semua kursus berkenaan adalah berasaskan kemahiran. Yang penting menyediakan peluang kerjaya yang luas dan lumayan kelak!. Jangan pandang sebelah mata okay!. Untuk tip memilih IPTS anda boleh klik link berikut : Tip Penting yang Wajib Anda Tahu Sebelum Memilih IPTS

 

 

#KELIMA

 

Dah pilih kursus & IPTS, jangan daftar dahulu sebelum anda menyemak kelayakan kursus tersebut di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk kursus akademik manakala kursus berasaskan kemahiran semak di Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kalau sudah buat carian pada awalnya melalui laman rasmi MQA, tak perlu lagi buat semakan kerana ianya telah diiktiraf. Kenapa kelayakan MQA ini penting?.

 

Selesai semakan, jika ianya tersenarai dalam pengiktirafan. Bolehlah pertimbangkan untuk memohon. TETAPI jangan memohon lagi. Simpan dahulu. Sabar. Jika memohon sekarang mungkin anda perlu membayar yuran pendahuluan (processing fee). Tunggu dahulu keputusan rayuan UPU diumumkan, usha line dahulu okay.

 

#KEENAM

 

Sekiranya anda berjaya ditawarkan tempat selepas keputusan rayuan diumumkan kelak, kami nasihatkan supaya membuat pertimbangan semula sama ada untuk menerima atau menolak tawaran tersebut. Anda perlu buat keputusan dengan bijak termasuklah mengambil kira potensi kerjaya di masa hadapan jika mengambil kursus tersebut, yuran dan tempoh pengajian. Untuk yang mempunyai impian melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat master dan PhD, jangan risau walaupun anda memperolehi degree daripada IPTS, anda tetap layak menyambung pengajian ke peringkat master dan PhD di UA atau jika hendak bekerja dalam mana-mana sektor awam. Tiada sebarang sekatan, asalkan kursus diiktiraf MQA.

 

Kesimpulannya, apa yang penting kursus yang bakal diikuti bukannya universiti mana yang ditawarkan. Jika universiti adalah pilihan anda, sila fikirkan semula kerana tempoh pengajian di universiti paling lama 4-5 tahun sahaja sedangkan kursus pengajian yang diambil akan menentukan masa depan anda. Walaupun terdapat ramai graduan yang tidak bekerja dalam bidang berkaitan dengan kursus yang diambil ketika di IPT, tidak semestinya anda senasib dengan mereka. Belajar tanpa amal bukankah sia-sia namanya. Selain itu, anda boleh baca artikel perkongsian kami mengenai isu Kenapa Graduan Universiti Awam Sukar Dapat Kerja Berbanding IPTS. Anda akan mendapat jawapan kenapa ramai lepasan UA yang mengganggur berbanding IPTS. Nilaikan sendiri dan diharapkan dengan perkongsian ini membuka mata dan minda anda untuk berfikir dengan baik!.

 

Jika dengan perkongsian ini masih membuatkan anda dilema untuk memilih manakah yang terbaik, anda boleh berhubung dengan kaunselor pendidikan Afterschool secara PERCUMA dengan set appointment bersama kaunselor Afterschool. Pihak kaunselor akan kongsikan laluan manakah yang terbaik sesuai dengan kelayakan akademik, kemampuan kewangan, bantuan pendidikan, minat dan potensi kerja sebaik sahaja tamat pengajian kelak.

 

Akhir kata, jangan sesekali berputus asa untuk mengejar impian sambung belajar ke kursus yang diminati jika tidak berjaya ditawarkan ke universiti awam. Banyak lagi pilihan lain yang lebih baik selain peluang kerja terbentang luas selepas tamat pengajian. Ingat pemilihan kursus pengajian sangatlah penting berbanding universiti. Apa yang anda belajar itulah yang akan dipraktikan di alam pekerjaan kelak. 

 

ARTIKEL PENTING LAIN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail