Tawaran Biasiswa Petronas ke Universiti Dalam dan Luar Negara Dibuka Sekarang

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 06, 2020, 08:09 am

Keputusan SPM telah pun diumumkan, ada yang gembira ada yang sebaliknya. Apa sekalipun keputusan yang diperolehi perjalanan anda masih lagi panjang. Kepada yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang jangan terlalu gembira kerana anda perlu membuat pilihan yang bijak terutamanya dalam menentukan halatuju pendidikan selepas ini. Ramai yang kecundang akibat terlalu over confident. Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, banyak langkah yang boleh diambil untuk menebus kekecewaan itu. Tak perlu terlalu risau, yang penting terus bersemangat dan explore peluang-peluang sambung belajar yang menjamin peluang pekerjaan kelak.

 

Menerusi artikel ini kami sebenarnya hendak kongsikan peluang biasiswa dibawah Universiti Teknologi Petronas (UTP). UTP menawarkan peluang biasiswa dibawah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) untuk lepasan SPM melanjutkan pengajian di peringkat pra-universiti, setrusnya ke peringkat ijazah (degree) di UTP dan universiti luar negara (degree). Permohonan dibuka hanya dalam tempoh 7 hari sahaja, bermula 5 Mac-11 Mac 2020.

 

 

Jangan lepaskan peluang untuk memohon kerana tak banyak biasiswa yang tawarkan pengajian ke luar negara untuk pengajian degree kelak. Maklum sahajalah dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu jadi kebanyakan biasiswa hanya tawarkan biasiswa untuk pengajian dalam negara sahaja. 

 

Sekiranya anda berjaya dalam permohonan biasiswa, anda akan melanjutkan pengajian pra universiti di UTP kemudiaan degree di UTP atau universiti luar negara. Bergantung kepada keputusan akhir pengajian pra universiti anda. Paling menarik UTP turut menawarkan peluang pekerjaan kepada penerima biasiswa sebaik sahaja tamat pengajian berserta gaji yang sudah tentunya lumayan!. Jadi tak perlu risau mengenai peluang pekerjaan!.

 

Untuk semak syarat kelayakan, bidang pengajian yang ditawarkan biasiswa, link permohonan biasiswa dan sebagainya boleh layari laman info biasiswa dengan klik, PETRONAS SCHOLARSHIP 2020 (English version) atau BIASISWA PETRONAS 2020 (BM version). Sebelum mendaftar biasiswa, anda dinasihat untuk membuat permohonan ke UTP terlebih dahulu bagi meningkatkan peluang berjaya dalam permohonan biasiswa. Untuk mendaftar boleh klik, DAFTAR PERMOHONAN KE UTP. Semoga berjaya!.

 

ARTIKEL PENTING BERKAITAN

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail