Langkah Wajib Selepas Dapat Keputusan SPM

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 17, 2022, 04:11 am

Keputusan dah dapat, apa langkah seterusnya?. Enjoy dulu atau mulakan langkah untuk tentukan halatuju masing-masing?. Nasihat kami, enjoy sahaja pada hari keputusan diumumkan tetapi esok fokus untuk membuat permohonan sambung belajar, mohon biasiswa dan sebagainya. Suka juga diingatkan, Tempoh waktu selepas SPM diumumkan adalah yang paling kritikal. Banyak biasiswa sedang dibuka dan akan ditutup dalam tempoh yang singkat. Jangan lepaskan peluang. TAK GUNA dapat keputusan baik tetapi gagal mencorak laluan terbaik untuk masa depan sendiri. Berikut kami kongsikan apa perkara WAJIB yang perlu diketahui sebelum membuat sebarang keputusan. 

 

 

 

Tentukan program pengajian dengan keperluan pekerjaan semasa dan akan datang

Pilih kursus yang ada peluang pekerjaan. Kalau dahulu, belajar dulu tak perlu fikir kerja tetapi sekarang sebelum buat pilihan anda wajib tahu potensi pekerjaan terlebih dahulu. Jangan nanti menyesal sebab susah dapat kerja dan sebagainya. Anda boleh semak artikel perkongsian kami untuk tentukan program pengajian manakah yang senang dapat kerja. Berikut adalah senarai artikel berkaitan :

 

Kenalpasti laluan pra universiti terbaik untuk program pengajian pilihan

Selepas pilih kursus, kenalpasti laluan pra universiti (Asasi awam/Diploma/STPM/Foundation IPTS/ Matrikulasi/A- level/ IB/AUSMAT/SACE/ADTP) manakah yang tawarkan kursus berkenaan. Kemudian, bandingkan dari segi tempoh pengajian, kos pengajian, biasiswa, struktur kursus, kelemahan dan kelebihan setiap laluan. Pastikan laluan berkenaan, melayakkan dan memudahkan anda sambung ke peringkat degree. Berikut kami kongsikan keseluruhan laluan selepas SPM, kelemahan dan kelebihan setiap laluan sebagai panduan : Keseluruhan Laluan Selepas SPM yang Wajib Anda Tahu Berserta Syarat Kelayakan!. Untuk semak bidang pengajian, tangga gaji, peluang pekerjaan dan sebagainya sila KLIK DISINI

 

Semak syarat kelayakan di semua laluan pra universiti yang tawarkan program pengajian pilihan

Tak guna mohon kalau tak melepasi syarat kelayakan. Permohonan diproses oleh sistem bukan manusia. Jadi yang membuat penilaian tidak ada belas kasihan. Jangan memohon ke kursus pengajian yang anda tidak layak. Kalau mohon sekalipun, permohonan akan ditolak tanpa pertimbangan. Setiap laluan pra universiti untuk ke kursus yang sama kadang kala meletakkan syarat kelayakan berbeza. Jadi semak satu persatu. Jika memenuhi syarat, boleh memohon. Berikut adalah artikel panduan untuk anda menyemak syarat kelayakan di semua laluan pra universiti : Keseluruhan Laluan Selepas SPM yang Wajib Anda Tahu Berserta Syarat Kelayakan!.

 

Kenalpasti institusi IPTA/IPTS yang layak dipohon

Senarai pendek IPTA/IPTS yang layak dipohon berdasarkan keputusan akademik masing-masing. Kemudian, bandingkan dan buat pilihan akhir. Kalau sistem permohonan berbeza bagi setiap laluan pra universiti, dinasihatkan mohon ke semuanya. Jangan risau permohonan anda takkan ditolak jika memohon ke semuanya serentak. Jangan mohon satu sahaja kerana walaupun memenuhi syarat kelayakan tidak semestinya permohonan anda akan berjaya. Beribu-ribu yang memohon, tetapi hanya beberapa sahaja akan dipilih kerana kuota tempat yang terhad. Takkan 10,000 yang memohon ke kursus yang sama semuanya ditawarkan walaupun memenuhi syarat. Tentulah yang terbaik sahaja akan dipilih. Di IPTS boleh klik link berikut : https://afterschool.my/institution. Utk IPTA, boleh semak di laman rasmi UPU. Artikel lain berkaitan pemilihan IPTS sila rujuk dibawah :

 

Semak kaedah permohonan, tarikh tutup dan sebagainya

Akhir sekali ambil tahu cara permohonan, link rasmi permohonan, bila tarikh tutup dan tarikh-tarikh penting lain contohnya kalau ada temuduga, ujian saringan dan lain-lain. Jangan terlepas tarikh-tarikh tersebut. Boleh klik artikel ini untuk semak tarikh permohonan lengkap berserta dengan tarikh-tarikh penting lain. Untuk semak tarikh permohonan ke IPTA, IPG, Matrikulasi, ILKA, Politeknik boleh KLIK SINI

 

 

Akhir kata daripada kami di Afterschool.my, jangan membuta tuli pilih laluan atas dasar kemegahan, ikut cakap orang sedangkan diri sendiri yang akan menanggung akibatnya kelak. Pastikan juga info yang dikongsikan oleh guru, kaunselor dan sebagainya adalah betul. Jangan percaya bulat-bulat, anda sendiri perlu bertanggungjawab atas maklumat yang diperolehi. Kami di afterschool juga turut membantu menjawab pelbagai persoalan pelajar yang telah salah memilih laluan hanya kerana mengikut cakap orang. Kepada guru, kauselor pendidikan pastikan anda memberi jawapan yang tepat kepada persoalan pelajar. Jangan nanti anda menjadi punca kegagalan pelajar itu. Untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma sekiranya anda ingin ke IPTS, boleh berhubung dengan kaunselor kami dengan klik :https://afterschool.my/tele-contact-us.

 

ARTIKEL PENTING!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail