Tarikh Buka Sekolah, Matrikulasi, IPG, Tadika, Universiti Semua Negeri Selepas Penguguman PKP 2.0

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 12, 2021, 08:27 am

Semalam, PKP 2.0 telah diumumkan berikutan kes positif covid-19 yang semakin meningkat. Susulan penguguman tersebut, pembukaan institusi pendidikan tertakluk kepada pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP mengikut negeri dan kawasan masing-masing. Berikut adalah negeri mengikut kategori perintah kawalan.

 

NEGERI PKP

  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • WP Kuala Lumpur
  • WP Putrajaya
  • WP Labuan
  • Johor
  • Sabah
  • Melaka

 

NEGERI PKPB

  • Kedah
  • Perak
  • Negeri Sembilan
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Pahang

 

NEGERI PKPP

  • Sarawak
  • Perlis

 

 

 

TARIKH PEMBUKAAN SEKOLAH DI KAWASAN PKP

 

Bagi sekolah di kawasan PKP, sesi persekolahan secara bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan berikut sahaja (tahun 2020 dan 2021):

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
  • Peperiksaan antarabangsa yang setara

 

Klik untuk menyemak Tarikh Peperiksaan Terkini & Jadual Waktu SPM, SVM, STAM, UPBA 

 

MURID YANG TINGGAL DI ASRAMA

  • Bagi murid yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh & Asrama Sekolah Harian yang akan menduduki peperiksaan diatas dibenarkan kembali ke asrama mulai 16 Januari 2021
  • Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan murid merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama.

 

MURID SEKOLAH RENDAH HINGGA TINGKATAN 4

  • Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga 4 di sekolah menengah yang berada di kawasan PKP akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.
  • Pelaksaan ini juga terpakai kepada murid Semester 2 SMV dan Semester 2 DVM tahun 2020 di Kolej Vokasional
  • PKSK Tingkatan 1 – Pentaksiran di antara 20 hingga 29 Januari 2021
  • PKSK Tingkatan 4 – Pentaksiran di antara 15 hingga 25 Februari 2021

 

PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI

Pelajar yang telah berada di kolej boleh kekal di kolej masing-masing untuk mengikuti pembelajaran secara hibrid.

 

PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)

Semua program pengajian secara online mulai 17 Januari 2021

 

TADIKA SWASTA

Boleh terus beroperasi secara bersemuka

 

TARIKH PEMBUKAAN SEKOLAH DI KAWASAN PKPB & PKPP

Bagi kawasan PKPB dan PKPP, pengoperasian adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing. Untuk menyemak tarikh pembukaan sekolah sila rujuk Takwim Persekolahan 2021 KPM dengan klik : Takwim Persekolahan 2021: Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk siaran media KPM bertarikh 11 Januari 2021 di SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail