Syarat Pinjaman PTPTN Bertukar Menjadi Biasiswa Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2022, 09:57 am

Pengecualian bayaran pinjaman PTPTN ini merupakan berita yang sangat baik. Ini kerana, pada asalkan PTPTN adalah pinjaman tetapi disebabkan oleh pencapaian anda, pinjaman ini bertukar kepada biasiswa!. Sebelum korang excited lebih, ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi terlebih dahulu. Tak semestinya tamat pengajian kelas pertama, korang dah berjaya ditawarkan biasiswa PTPTN!.

 

1. Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman:

  • Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;
  • Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
  • Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  • Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
  • Kursus/ Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan;
  • Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen; dan
  • Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).

 

2. Kaedah pengecualian bayaran balik pinjaman:

  • Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN - Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

 

3. Dokumen yang perlu disertakan:

Peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019

  • 1.Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).
  • 2.Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
  • 3.Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
  • 4.Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).
  • 5.Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

 

Peminjam yang menamatkan pengajian mulai 1 Januari 2019

  • 1. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).
  • 2. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
  • 3. Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
  • 4. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).
  • 5. Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).
  • 6. Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang ditetapkan*.
    • Slip Gaji Terkini.
    • Surat Akuan Sumpah (pengesahan pendapatan).
    • Penyata Cukai Taksiran Terkini.
    • Penyata KWSP Terkini / Surat Pengesahan Bukan Ahli KWSP.
    • Penyata Pencen.
    • Penyata Pencen Penakat (PERKESO).
    • Sijil Kematian.
    • Sijil Cerai.
    • Surat Akuan Sumpah (Bagi Kes Tidak Dapat Dikesan).
    • Surat Akuan Sumpah (Penjaga).
    • *(mana-mana yang berkaitan)
  • Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

 

Bagi yang ingin mendapatkan info lengkap berkaitan pinjaman PTPTN, boleh klik info pinjaman PTPTN, permohonan PTPTN, panduan permohonan PTPTN, Wang Pendahuluan PTPTN, bayaran balik pinjaman PTPTN, cara bayar balik pinjaman PTPTN dan perbandingan pinjaman PTPTN dengan pinjaman lain seperti pinjaman kerajaan negeri, pinjaman maybank, pinjaman bank rakyat.

Semoga perkongsian ini membantu!

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail