Peminjam PTPTN Dilindungi Insuran Jika Berlaku Kematian atau Kecacatan Kekal

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 20, 2021, 08:01 am

Skim pinjaman Pendidikan PTPTN dilindungi oleh takaful berkelompok sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh kepada peminjam. Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok, amaun pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.

 

Ini bermakna, sekiranya peminjam meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal disebabkan kemalangan penyakit atau sebagainya, waris peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) tidak perlu membayar balik baki pinjaman peminjam kerana peminjam telah dilindungi dibawah Skim Perlindungan Takaful Berkelompok.

 

Tindakan sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal :

  1. Waris perlu memaklumkan kepada pihak PTPTN dengan hadir ke kaunter cawangan PTPTN terdekat 
  2. Pihak PTPTN akan menguruskan tuntutan dengan memberi manfaar takaful dan khairat kematian (jika melibatkan kematian) kepada waris 

 

Selain itu, peminjam atau waris (jika meninggal dunia) tidak perlu membayar baki pinjaman, waris juga akan menerima RM1,500 sebagai faedah khairat kematian.

 

Jadi berbalik kepada skim perlindungan takaful berkelompok ini, setiap peminjam dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pinjaman. Bagi peminjam yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pinjaman. 

 

Manakala bagi peminjam yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negatif, amaun tersebut akan didebitkan sebagai pinjaman tambahan. 

Klik untuk info lengkap perkaitan pinjaman PTPTN, permohonan PTPTN, panduan permohonan PTPTN, Wang Pendahuluan PTPTN, bayaran balik pinjaman PTPTN, cara bayar balik pinjaman PTPTN dan perbandingan pinjaman PTPTN dengan pinjaman lain seperti pinjaman kerajaan negeri, pinjaman maybank, pinjaman bank rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail