Soalan Lazim Mengenai Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 29, 2021, 08:03 am

1. Apakah itu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)?

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT

 

2. Apakah syarat-syarat WPP?

Syarat-syarat WPP adalah:

 

  • Penjaga pelajar/ pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);
  • Warganegara Malaysia;
  • Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam & Politeknik; dan
  • Tiada hutang WPP

 

3. Bagaimanakah kaedah permohonan mendapatkan WPP?

Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.

 

4. Bagaimanakah kaedah semakan status permohonan WPP?

Semakan boleh dibuat di portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) mulai 1 Jun 2018. Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.

 

5. Bagaimanakah kaedah penunaian WPP?

WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

  • Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my);
  • MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

 

6. Bilakah tempoh penunaian WPP?

WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP.

Contoh:

  • Tarikh Surat Tawaran WPP: 27 Ogos 2019.
  • Tempoh Surat Tawaran WPP Ditunaikan: Mulai 27 Ogos 2019 hingga 27 Oktober 2019.

 

7. Adakah terdapat sebarang rayuan mendapatkan WPP jika penjaga dan pelajar bukan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)?

Tiada. Pertimbangan pemberian WPP hanya diberikan kepada penjaga pelajar/ pelajar yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) sahaja.

 

8. Adakah WPP diberi secara percuma?

Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

 

9. Apakah situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP?

Situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP adalah seperti berikut:

  • Pelajar tidak meneruskan pengajian di IPT yang ditawarkan.
  • Pelajar tidak meneruskan pengajian di dalam kursus yang ditawarkan.
  • Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, pelajar dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh lapan (8) bulan daripada tarikh tamat waran. Ta'widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke 9 dari tarikh tamat waran

 

10. Apakah dokumen yang perlu disertakan sekiranya pelajar kehilangan MyKad?

Dokumen yang perlu disertakan sekiranya kehilangan MyKad adalah Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

 

11. Adakah WPP boleh ditunaikan sekiranya surat tawaran yang dicetak tidak lengkap dengan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran?

Tidak boleh. Pelajar dikehendaki mencetak semula surat tawaran WPP baharu dan memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran adalah lengkap.

 

12. Sekiranya cap jari pelajar gagal diimbas, adakah WPP tersebut boleh tunaikan?

Boleh tetapi pelajar perlu sertakan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu, sijil lahir atau surat tawaran ke IPT

 

13. Adakah WPP boleh dipindahkan ke akaun simpanan Bank Islam pelajar?

Boleh. Pelajar dikehendaki menunaikan WPP terlebih dahulu dan seterusnya mengisi borang deposit ke akaun simpanan.

 

Bagi yang ingin mendapatkan info lengkap berkaitan pinjaman PTPTN, boleh klik info pinjaman PTPTN, permohonan PTPTN, panduan permohonan PTPTN, Wang Pendahuluan PTPTN, bayaran balik pinjaman PTPTN, cara bayar balik pinjaman PTPTN dan perbandingan pinjaman PTPTN dengan pinjaman lain seperti pinjaman kerajaan negeri, pinjaman maybank, pinjaman bank rakyat.

 

Semoga perkongsian ini membantu!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail