Bila Tarikh Duit Dimasukkan Selepas Pelajar Buat Permohonan PTPTN

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 20, 2021, 07:46 am

Kepada anda yang mengemukakan permohonan PTPTN, tarikh wang PTPTN dikreditkan ke akaun masing-masing adalah saat yang ditunggu-tunggu. Bilakah wang akan dimasukkan? Pengeluaran pinjaman pertama akan dikreditkan ke akaun pelajar selepas pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada pihak PTPTN.

 

Manakala bayaran pinjaman untuk semester yang berikutnya adalah berdasarkan syarat berikut ;

  • Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan
  • Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas.

 

Sekiranya anda gagal memenuhi syarat diatas, pinjaman anda akan disekat bagi semester berkenaan. Untuk info berkaitan pinjaman disekat atau ditarikh balik dan cara untuk mendapatkan balik pinjaman boleh klik INFO DAN PUNCA PINJAMAN PTPTN DISEKAT ATAU DITARIK BALIK

 

Untuk makluman juga, PTPTN tidak terlibat di dalam urusan pemotongan yuran pengajian IPT. Amaun pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun pelajar mengikut semester tertakluk kepada pengesahan yang diberikan oleh IPT. Semakan bayaran pinjaman boleh dilakukan di Penyata Pinjaman dan penyata akaun bank peminjam. 

 

Sekiranya, pihak universiti membuat pemotongan terus yuran pengajian daripada akaun anda, sila rujuk terus kepada pihak IPT masing-masing. Ini kerana, terdapat IPT yang akan potong terus yuran pengajian dan ada yang sebaliknya dan pelajar bertanggungjawab untuk membayar yuran kepada pihak IPT. Klik untuk info lengkap perkaitan pinjaman PTPTN, permohonan PTPTN, panduan permohonan PTPTN, Wang Pendahuluan PTPTN, bayaran balik pinjaman PTPTN, cara bayar balik pinjaman PTPTN dan perbandingan pinjaman PTPTN dengan pinjaman lain seperti pinjaman kerajaan negeri, pinjaman maybank, pinjaman bank rakyat. 

 

Semoga perkongsian ini membantu!

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail