Proses dan Syarat Pinjaman Pendidikan PTPTN Diluluskan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 25, 2021, 08:22 am

Bagi anda yang mengemukakan permohonan PTPTN, menerusi artikel ini kami kongsikan proses selepas pinjaman anda diluluskan oleh pihak PTPTN. Proses tawaran pinjaman ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu bagi pemohon yang memohon PTPTN kali pertama dan pemohon yang memohon untuk kali kedua tetapi belum menyelesaikan hutang pinjaman lagi contohnya pemohon diploma yang hendak meneruskan pengajian di peringkat ijazah. 

 

Syarat Kelayakan & Proses Tawaran PTPTN untuk Kali Pertama Memohon

 

  • Tawaran pinjaman pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PTPTN
  • Tempoh pinjaman ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima.
  • Klik untuk semak keputusan permohonan pinjaman
  • Panduan mencetak dan mengisi dokumen perjanjian tawaran pinjaman
  • Tempoh sah laku tawaran pinjaman adalah 14 hari dari tarikh kelulusan.
  • Dokumen perjanjian lengkap perlu dilekatkan setem hasil dan dihantar bersama dokumen sokongan lain.
  • Peminjam yang ingin menolak tawaran pinjaman perlu menghantar Borang Pembatalan dan Penolakan Tawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN di mana-mana Pejabat PTPTN Negeri.

 

Syarat KelayakanTawaran PTPTN untuk Kali Kedua Memohon

  • Tawaran pinjaman kali kedua hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut;
    • Tamat pengajian bagi pinjaman terdahulu.
    • Telah menyelesaikan baki pinjaman bagi mereka yang membatalkan pinjaman, gagal atau berhenti pengajian untuk pinjaman terdahulu.
    • Kelulusan hanya diberikan kepada peminjam yang melanjutkan pengajian di peringkat yang sama atau lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu.
  • Untuk proses tawaran ianya sama seperti pinjaman kali pertama

 

Bagi yang ingin mendapatkan info lengkap berkaitan pinjaman PTPTN, boleh klik info pinjaman PTPTN, permohonan PTPTN, panduan permohonan PTPTN, Wang Pendahuluan PTPTN, bayaran balik pinjaman PTPTN, cara bayar balik pinjaman PTPTN dan perbandingan pinjaman PTPTN dengan pinjaman lain seperti pinjaman kerajaan negeri, pinjaman maybank, pinjaman bank rakyat.

 

Semoga perkongsian ini membantu!

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail