Notis Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 25, 2021, 09:41 am

Notis Bayaran Balik akan dihantar kepada peminjam pada bulan ke tiga belas (13) selepas tamat pengajian. PTPTN akan menghantar 2 kali peringatan untuk memastikan peminjam tidak lari daripada membayar balik pinjaman PTPTN. Berikut adalah proses peringatan kali pertama dan peringatan kali kedua. 

 

Peringatan Pertama 

  • Peringatan Pertama akan dikeluarkan sekiranya peminjam tidak memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari (1 bulan) dari tarikh Notis Bayaran Balik dikeluarkan
  • Peminjam yang telah menerima Peringatan Pertama hendaklah membuat bayaran/ memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari (1 bulan)

 

Peringatan Kali Kedua

  • Peringatan Kedua akan dikeluarkan kepada peminjam jika tidak membuat bayaran dan tidak memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari (1 bulan) dari tarikh Peringatan Pertama dikeluarkan.

 

Jadi, jangan korang buat bodoh pula ye bila PTPTN dah menghantar peringatan kali pertama. Kalau tak mampu bayar boleh hubungi PTPTN berbincang untuk penstrukturan semula sesuai dengan kemampuan kewangan korang. 

 

Bagi yang ingin mendapatkan info lengkap berkaitan pinjaman PTPTN, boleh klik info pinjaman PTPTN, permohonan PTPTN, panduan permohonan PTPTN, Wang Pendahuluan PTPTN, bayaran balik pinjaman PTPTN, cara bayar balik pinjaman PTPTN dan perbandingan pinjaman PTPTN dengan pinjaman lain seperti pinjaman kerajaan negeri, pinjaman maybank, pinjaman bank rakyat.

 

Semoga perkongsian ini membantu!

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail