Cara Tukar Pinjaman PTPTN daripada Konvesional ke Ujrah, Kelebihan dan Kelemahan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 25, 2021, 09:15 am

Kalau korang pernah buat pinjaman PTPTN dan belum habis bayar, mesti korang dapat panggilan atau emel dari PTPTN untuk tukar pinjaman ke 1% Ujrah (ujrah bererti caj perkhidmatan). Memang nampak macam menarik skim bayaran balik ni, tetapi sebelum korang buat keputusan tukar semak dulu apa itu konvensional, apa itu pinjaman ujrah kelemahan dan kelebihan.

 

Apa beza konvensional dan Ujrah?

  • Konvesional : Kadar Kos  pinjaman konvensional adalah 3% kos pentadbiran daripada baki semasa.
  • Ujrah : 1% kos upah daripada baki tertunggak waktu korang secara rasmi bertukar ke Ujrah.

 

Kos Bulanan    

  • Konvensional : Caj perkhidmatan bulanan berubah-ubah dan akan meningkat/berkurang bergantung kepada amaun dan konsistensi pembayaran (kadar kompaun).    
  • Ujrah : Caj perkhidmatan bulanan adalah sama pada setiap bulan (kadar tetap).

 

Pembayaran Bulanan   

  • Konvensional : Ansuran bulanan meningkat secara progresif dalam tempoh 5 tahun pertama tempoh pembayaran balik.    
  • Ujrah : Ansuran bulanan adalah sama setiap bulan (kadar rata).

 

Tempoh bayaran balik    

  • Konvensional : Kebanyakan kes adalah dalam tempoh 10 tahun, tetapi boleh dipendekkan bergantung kepada jumlah bayaran balik bulanan.    
  • Ujrah : Mengambil masa yang lebih lama (sehingga 20 tahun) dan ianya tetap.

 

Penstrukturan / penjadualan semula pinjaman PTPTN    

  • Konvensional : TIDAK LAYAK. 
  • Ujrah : Korang perlu bertukar ke Ujrah terlebih dahulu jika berniat membuat penyusunan/penjadualan semula pinjaman. LAYAK memohon penyusunan/penjadualan semula pinjaman.

 

Prinsip

  • Konvesional : Bukan Shariah    
  • Ujrah : Shariah 

 

Penawaran Ujrah terbuka kepada semua peminjam konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam). Pertukaran pinjaman kepada pinjaman Ujrah (1%) layak kepada semua peminjam KECUALI;

  • Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat; atau
  • Peminjam yang telah mendapat pengecualian bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama.
  • Berkuatkuasa 1 Julai 2015 peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% jumlah tunggakan, kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada) terlebih dahulu sebagai komitmen peminjam untuk membolehkan tawaran Ujrah diproses. Peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas bayaran dibuat.
  • Bermula 13 Jun 2017 semua kos yang berbaki di dalam pinjaman Konvensional akan dimasukkan di dalam Jumlah Pinjaman semasa pertukaran pinjaman Konvensional kepada pinjaman Ujrah. Jumlah ini akan dikenakan takaful baharu. Sekiranya terdapat lebihan ke atas jumlah yang dikenakan, pemulangan akan dibuat kepada peminjam selepas penyelesaian penuh hutang pinjaman.

 

Tempoh Bayaran Balik Ujrah

Asas tempoh bayaran balik adalah berdasarkan Jumlah Prinsipal Ujrah.

 

Walau bagaimanapun, peminjam boleh membuat rundingan untuk melanjutkan tempoh bayaran balik melebihi tempoh yang telah ditetapkan dengan membuat penstrukturan semula. Kos upah 1% akan dikenakan sepanjang tempoh tersebut.

 

Bagi peminjam yang ingin memanjangkan tempoh bayaran balik, perlu mengemukakan salinan slip gaji terkini atau penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri). Had umur maksimum bagi tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan Ujrah adalah sehingga 60 tahun tertakluk kepada rundingan dan persetujuan PTPTN.

 

Cara Permohonan Ujrah

Permohonan pertukaran Ujrah boleh dilakukan melalui dua kaedah: *Dokumen tawaran hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada PTPTN sebelum tamat tempoh sah laku.

 

Tempoh Sah Laku Perjanjian PTPTN

  • Peminjam hendaklah memulangkan semula perjanjian yang telah dilengkapkan beserta Setem Hasil selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh tawaran pertukaran Ujrah.
  • Jika gagal, peminjam hendaklah membuat permohonan semula pertukaran Ujrah dengan jumlah prinsipal berbeza disebabkan penambahan kos pentadbiran.

 

Bagi yang ingin mendapatkan info lengkap berkaitan pinjaman PTPTN, boleh klik info pinjaman PTPTN, permohonan PTPTN, panduan permohonan PTPTN, Wang Pendahuluan PTPTN, bayaran balik pinjaman PTPTN, cara bayar balik pinjaman PTPTN dan perbandingan pinjaman PTPTN dengan pinjaman lain seperti pinjaman kerajaan negeri, pinjaman maybank, pinjaman bank rakyat.

Semoga perkongsian ini membantu!

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail