Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 06, 2018, 10:40 am
Ramai yang pernah membuat pinjaman PTPTN melupakan hasrat untuk sambung belajar kerana menganggap hutang PTPTN sebelum ini perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum membuat pinjaman yang baru. Ada juga yang beranggapan, perlu bekerja untuk bayar terlebih dahulu hutang walaupun semasa peringkat pengajian seterusnya mereka tidak berniat untuk membuat pinjaman PTPTN lagi.
Tahukah anda bahawa, peminjam yang ingin melanjutkan pengajian boleh membuat penangguhan pengajian. Selain daripada mereka yang ingin menangguhkan pengajian layak membuat penangguhan, berikut adalah kategori bagi peminjam yang layak membuat penangguhan bayaran balik :
Bil | Kategori Kelayakan | Tempoh Penangguhan |
---|---|---|
1. | Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa. | Sepanjang tempoh pengajian baru. |
2. | Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara. | Sepanjang tempoh pengajian di luar negara. |
3. | Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester). | Sepanjang tempoh perlanjutan yang dibenarkan oleh IPT. |
4. | Tidak bekerja | Tempoh penangguhan hanya diberikan 6 bulan pada setiap permohonan dan tidak melebihi tempoh maksimum 24 bulan. |
CARA PERMOHONAN
Jadi kepada anda terutamanya lepasan diploma yang pernah membuat pinjaman PTPTN sebelum ini, boleh membuat penangguhan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Selepas membuat penangguhan, bolehlah mengemukakan permohonan baru. Untuk memohon PTPTN bagi peminjam yang pernah memohon sebelum ini boleh KLIK DISINI untuk dapatkan info panduan permohonan PTPTN bagi pemohon kali pertama dan pemohon yang pernah meminjam sebelum ini. Selain itu, anda juga boleh rujuk artikel lain berkaitan pinjaman PTPTN dan pinjaman/biasiswa terkini lain yang ditawarkan.
SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBANTU!.
ARTIKEL BERKAITAN
Perlukan
bantuan?