Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN Selepas Tamat Pengajian

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 12, 2017, 06:04 pm

Sudah tamat pengajian, selain mencari pekerjaan jangan lupa untuk membayar balik pinjaman pendidikan anda sekiranya menamatkan pengajian di kelas kedua dan kebawah. Pembayaran balik pinjaman mestilah dibuat sebaik-baiknya selepas tamat pengajian. Tetapi jika belum mendapat pekerjaan, pihak PTPTN memberi tempoh 6 hingga ke 24 bulan untuk mula membuat pembayaran. Selepas tempoh 24 bulan itu, jika masih belum dapat pekerjaan, tetap WAJIB membuat pembayaran. Bagaimana hendak bayar pinjaman dan apakah cara mudah untuk membayar pinjaman berkenaan. Berikut kami kongsikan caranya :

 

pembayaran 1

 

  • Mulai September 2015, semua penjawat awam yang menerima pinjaman PTPTN DIWAJIBKAN membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji DAN  potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman diuruskan oleh PTPTN bukan lagi melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Klik di sini untuk info bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji terus kepada PTPTN.
  • Potongan gaji HENDAKLAH berdasarkan Jadual Bayaran Balik (JBB) yang ditetapkan. Potongan gaji kurang daripada jadual adalah TIDAK DIBENARKAN. Potongan melibatkan amaun melebihi jadual yang ditetapkan perlu dimaklumkan kepada PTPTN.
  • Potongan gaji adalah untuk bulanan semasa sahaja dan sebarang tunggakan perlu dijelaskan melalui kaedah lain. Jumlah baki pinjaman minimum untuk permohonan potongan gaji adalah RM500.00 dan baki tempoh bayaran balik yang dibenarkan untuk permohonan potongan gaji ialah 6 bulan.
  • Anda yang ingin memohon secara online untuk membuat potongan gaji KLIK DISINI  atau hadir ke kaunter PTPTN yang berdekatan.

pembayran 2pembayaran 3

 

Makluman Penting

 

Bagi Pembayaran di Kaunter Bank & Pejabat Pos:i) Akaun Peminjam : No. MyKad peminjam.ii) Nama Peminjam : PTPTN-PINJAMAN (No. akaun PTPTN tidak diperlukan).iii) No. Bil/ Kontrak/ Rujukan : No. rujukan surat tawaran/ no. telefon peminjam.

 

ejen-bank-ptptn

 

Semakan Penyata Pinjaman

 

i) Kata Laluan : No. MyKad peminjamii) No. Pin/ Kata Laluan : Nombor pinjaman peminjam (Sila hubungi PTPTN untuk mendapatkan nombor pinjaman)iii) Setiap pembayaran yang dilakukan di kaunter bank atau secara dalam talian (online) akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak bank (kadar termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)).iv) Sila simpan slip pembayaran atau cetak resit bayaran untuk rujukan.v) Resit rasmi PTPTN hanya akan dikeluarkan sekiranya pembayaran dibuat di kaunter PTPTN.

 

Diharapkan dengan perkongsian ini, memudahkan anda menyelesaikan hutang pendidikan yang membelenggu anda siang dan malam itu.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail