Cara Menyemak Tawaran & Tunaikan Wang Pendahuluan PTPTN (WPP)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 02, 2018, 01:13 am

Untuk makluman anda, Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN berjumlah RM1,500.00 ditawarkan kepada pelajar sebelum mendaftar ke IPTA atau Politeknik. WPP ini tidak ditawarkan kepada pelajar yang memohon ke IPTS. Menerusi artikel ini kami akan kongsikan bagaimana hendak mengemukakan permohonan, syarat kelayakan dan cara menunaikan WPP berkenaan.

 

 

WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

 

Syarat Permohonan WPP

  • Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP semasa permohonan UPU
  • Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
  • Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);
  • Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
  • Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.
  • * Syarat-syarat lain yang ditentukan oleh PTPTN bagi memastikan pelajar layak menerima WPP membuat permohonan pinjaman PTPTN.

 

Cara Menunaikan WPP

  • Anda boleh mencetak surat tawaran WPP di portal rasmi PTPTN (klik disini untuk menyemak). Surat tawaran berkenaan perlu dicetak secara atas talian. 
  • Tempoh sah laku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan
  • Sekiranya tidak berminat menerima tawaran UPU, sila abaikan WPP yang ditawarkan. Jika wang tersebut ditunaikan dan tidak mendaftar, PTPTN akan meminta anda membayar semula WPP yang telah digunakan serta merta. Sekiranya gagal membayar akan dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
    • Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN
    • MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

 

 

  • Klik gambar dibawah untuk ke laman rasmi PTPTN bagi membuat semakan tawaran

 

 

Kepada anda yang ingin mengemukakan permohonan PTPTN, boleh klik pada link berikut : LANGKAH PERMOHONAN PTPTN. Jika terdapat sebarang persoalan, boleh terus ke artikel SOAL JAWAB PTPTN. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail