Ketahui Punca Utama Pinjaman PTPTN Ditarik Balik atau Disekat!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 11:55 am

PTPTN sekarang sudah tidak menyenarai hitam mana-mana pemohon yang gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual (klik disini untuk baca kenyataan berkenaan). Perubahan dasar kerajaan yang baru ini, membuatkan ramai memilih pinjaman PTPTN selain syarat kelayakan yang rendah dan kelulusan pinjaman lebih mudah berbanding pinjaman lain. Hendak memohon biasiswa pun, persaingan cukup tinggi. Jadi, PTPTN lah harapan yang terakhir.

 

 

Walaupun permohonan korang senang sahaja diluluskan, jangan terlalu teruja kerana pinjaman tersebut boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Apakah puncanya?. Teruskan membaca artikel ini supaya tidak menyesal di kemudian hari. Jangan tak tahu ada yang berhenti belajar sebab pinjaman telah disekat. 

 

Keputusan PNG/GPA (pointer) bawah 2.00

Ingat ye keputusan akademik korang sangatlah penting. Jangan ambil mudah, buat assignments malas, tak hadir ke kuliah, tak hadir peperiksaan. Jawab peperiksaan cincai dan perangai yang seangkatan dengannya. Sekiranya korang "berjaya" mendapat pointer bawah 2.00 bersedialah untuk struggle dengan menggunakan duit sendiri atau ibu bapa masing-masing untuk meneruskan pengajian pada semester berikutnya. Pihak PTPTN akan menyekat pinjaman korang untuk semester depan. Rujuk jadual di bawah :

 

 

Kalau pun korang berjaya mendapat pointer yang baik untuk semester yang disekat itu, korang takkan dapat balik wang pinjaman yang sepatutnya korang terima pada semester itu. Walaupun begitu, pembayaran balik pinjaman nanti berdasarkan jumlah yang telah diberikan sahaja. Ada faham?.

 

 

Menangguhkan Pengajian

Jangan la berangan kalau korang menangguhkan pengajian, pinjaman akan dikreditkan seperti biasa pada setiap semester. Tidak kira atas alasan apa sekalipun, sebaik sahaja permohonan tangguh pengajian diluluskan, secara automatik pihak PTPTN akan tangguhkan bayaran pinjaman korang. Tak ada pasal PTPTN nak masukkan duit seperti biasa. Korang bukan anak angkat diaorang pun. Pembayaran semula pinjaman hanya akan dibuat selepas korang disahkan mendaftar semula pengajian oleh IPT.

 

 

Digantung pengajian oleh IPT

Terakhir, jika korang digantung oleh IPT, bayaran pada semester yang digantung itu tidak akan diberikan. Ianya sama seperti kes, jika korang dapat pointer bawah 2.00 atau menangguhkan pengajian. Apakah punca yang boleh menyebabkan korang digantung pengajian?. Korang boleh rujuk artikel perkongsian kami berikut : 7 petanda korang akan gagal di IPT. Di dalam artikel tersebut, telah dikongsikan sebab-sebab korang boleh gagal atau digantung pengajian. Jadi jangan sesekali bermimpi boleh bersenang lenang dengan duit pinjaman itu kalau digantung pengajian. Tak ada maknanya!

 

Jelas semuanya?. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh ajukan dekat ruangan komen. Kongsikan juga artikel ini untuk rakan korang yang lain supaya sentiasa beringat. Kalau dah PTPTN diaorang kena sekat, tak pasal korang pula terpaksa bantu support dari segi kewangan. Korang pun meminjam bukannya anak orang kaya, jadi sama-samalah beringat okay?. Untuk panduan permohonan dan info lain berkaitan PTPTN, sila rujuk senarai artikel berkaitan dibawah.

 

 

Untuk baca pelbagai lagi artikel menarik dan berguna yang telah dikongsikan, boleh terus ke laman berita afterschool di pautan berikut : https://afterschool.my/bm/berita. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail