Afterschool
July 4, 2018
Kitaorng nak tanya hari-hari masuk 7Eleven beli air slurpee, coklat, keropok, jajan, maggi, air sedap-sedap tak rasa bersalah ke kalau bulan tu korang belum bayar lagi PTPTN?. Mesti korang pelik dan tertanya apa kaitan PTPTN dengan 7Eleven pula?. Tak payah nak pelik sangat sebab untuk makluman, kini di 7Eeleven korang boleh bayar balik hutang PTPTN melalui MOLPay Cash.
Baru-baru ini PTPTN telah mengumumkan salah satu saluran bayaran balik PTPTN boleh dibuat di 7Eleven. Jom kami tunjukkan cara bagaimana korang boleh bayar balik hutang PTPTN serendah RM10 di 7Eleven!.
Klik link berikut untuk mula buat pembayaran : https://www.ptptn.gov.my/molpay/
Masukkan No Kad Pengenalan Peminjam/Pendeposit
Kemudian klik butang CARI
Klik TERUSKAN untuk membuat pembayaran
Isikan semua maklumat yang diperlukan, kemudian klik SETERUSNYA
Maklumat akan dipaparkan semula untuk review, seterusnya klik PEMBAYARAN untuk membuat bayaran
Maklumat pembayaran dipaparkan, klik pada kotak setuju, kemudian klik Proceed
Klik PRINT untuk cetak maklumat berikut bagi kegunaan pembayaran di 7eleven(7E)
Mesti ada yang keliru, boleh bayar terus ke 7Eleven ke atau bayar melalui laman web MOLPay. Sebenarnya MOLPay adalah saluran untuk buat pembayaran tetapi langkah terakhir iaitu bayaran, korang perlu walk-in ke 7Eleven dengan membawa maklumat pembayaran yang telah dicetak dan buat pembayaran tunai di kaunter dalam tempoh yang dinyatakan dalam resit maklumat pembayaran tersebut seperti contoh dibawah. Nanti, cashier akan scan je bar code tersebut dan korang bayar. Itu sahaja!.
Yang penting ingat 7Eeleven, ingat hutang PTPTN korang. Jangan tak masuk 7E pula ye lepas ni. Selamat membayar hutang!.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.