Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 04, 2021, 08:38 am
Kecoh isu salah sebuah universiti swasta popular yang telah ditarik balik pengiktirafan program pengajian ijazah oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selepas audit dijalankan ke atas program pengajian yang ditawarkan di universiti tersebut. Dengan pembatalan tersebut, seramai 800 pelajar tempatan dan asing di sebuah universiti swasta menemui jalan buntu.
Untuk maklumkan, penolakan atau pembatalan pengiktirafan berkenaan boleh berlaku jika tidak dijalankan mengikut sukatan pelajaran atau kakitangan akademik yang mengajar program berkenaan tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Sementara itu, Universiti Limkokwing menafikan 98 kursus yang ditawarkannya mempunyai masalah akreditasi kerana mereka hanya diminta menghantar semula lapan program selepas audit akreditasi dijalankan. Bagaimanapun, Universiti Limkokwing berkata, mereka telah diminta oleh MQA untuk meminda dan menghantar semua lapan program susulan audit MQA dalam masa 30hari.
Jadi pelajar ibu bapa tidak perlu bimbang kerana perkara ini akan diselesaikan dan ijazah berkenaan akan diiktiraf semula oleh MQA. Untuk menyemak kursus pengajian yang diiktiraf oleh MQA di IPTS mahupun IPTA, sila klik Semakan Keseluruhan Program Pengajian di IPTA/IPTS/Kemahiran yang Mendapat Pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
ARTIKEL BERKAITAN
Perlukan
bantuan?