Covid 19 - Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 12, 2020, 02:39 am

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan berikutan peningkatan kes COVID-19 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini. 

 

 

Berikutan keputusan berkenaan, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, TADIKA, TASKA, pusat tahfiz, taman awam dan pusat rekreasi wajib ditutup. Keputusan tersebut dibuat selepas mendengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) selain mengambil kira jumlah peningkatan dan penularan kes yang berlaku, termasuk di Klang dan Petaling, selain pertambahan jangkitan di Gombak serta daerah lain.

 

Dengan keputusan berkenaan, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka dikehendaki menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan seperti mana perintah kawalan pergerakan sebelum ini. 

 

Untuk membeli keperluan harian, hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail