#Laptop4Siswa: Laptop PERCUMA untuk Pelajar Universiti

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 08, 2020, 10:09 am

Baru-baru ni pendaftaran ke universiti ditangguhkan akibat kenaikan jumlah kes yang mendadak. Dengan keadaan sekarang, pendaftaran online diperkenalkan dan pelajar dijangka akan belajar secara online dirumah sehingga 31 Disember 2020. Situasi ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelajar yang kurang berkemampuan terutamanya  daripada keluarga B40 untuk membeli komputer riba (laptop) dengan kadar yang segera. Jika di universiti, sekurang-kurang boleh ke makmal komputer untuk menyiapkan assignments dan sebagainya. 

Untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan ini, ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran melancarkan kempen #Laptop4Siswa dengan mengalakkan mana-mana individu atau syarikat-syarikat besar untuk menyumbang laptop kepada pelajar yang memerlukan ini.

Kempen # Laptop4Siswa akan dibuka untuk pendaftaran mulai sekarang hingga 20 Oktober 2020 dan terbuka untuk semua pelajar Malaysia dengan kad pengenalan pelajar yang sah dan / atau surat tawaran dari universiti. Anda yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu membeli komputer riba boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan klik : #LAPTOP4SISWA. 

Untuk tujuan pengesahan, semua pelajar yang mendaftar perlu memberikan perincian mengenai latar belakang, pendapatan isi rumah mereka dan menyertakan salinan slip gaji ibu bapa bagi memastikan tiada unsur penipuan. Sekiranya permohonan berjaya, komputer riba akan dihantar melalui pos dan nombor tracking akan dihantar untuk pengesahan.

Bagi yang hendak menderma, boleh menghubungi pejabat ADUN Bukit Gasing, (03-79547490 / [email protected]) untuk sumbangan yang akan diedarkan kepada pelajar yang layak di seluruh Malaysia. Anda juga boleh menghubungi StandUp Malaysia (014 -669 1320 / [email protected]) untuk pertanyaan mengenai bagaimana dan di mana penghantaran komputer riba.

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail