Semakan Ujian MEDSI Pendidikan UPU

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 20, 2020, 08:01 am

Dimaklumkan bahawa semakan panggilan ujian MEDSI pendidikan bagi sesi 2021/2022 sudah pun dibuka. Kepada anda yang memohon ke kursus pendidikan di Universiti Awam (UA) mellaui UPU sebelum ini, bolehlah mula membuat semakan dengan mendapatkan pautan semakan dibawah. 

 

Untuk makluman anda, UPSI merupakan universiti yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan sistem semakan panggilan ujian MEDSI bagi program pengajian pendidikan termasuklah di universiti yang lain seperti UM, UUM, UPM, UiTM, UTHM, UKM, UTM dan UIAM. Ini bermakna semakan adalah melalui sistem yang dibuka dan dikendalikan oleh pihak UPSI sahaja :

 

 

Kepada anda yang ingin membuat semakan sila klik pautan berikut : https://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/

 

Disamping itu, kami ingin kongsikan artikel penting yang menyediakan info berkaitan dengan ujian MEDSI pendidikan untuk persediaan anda kelak. Walaupun tahun ini ujian diadakan secara online tetapi, bentuk soalan sama sahaja. Jadi, anda boleh tetap merujuk kepada contoh soalan MEdSI yang kami kongsikan sebelum ini. Rujuk artikel dibawah untuk dapatkan tip ujian MEdSI dan info penting temuduga sekiranya berjaya lulus dalam ujian MEDSI kelak.

 

 ARTIKEL BERKAITAN

SEMOGA BERJAYA KAMI UCAPKAN!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail