Afterschool
June 1, 2021
Siapa yang tak suka shopping kan, tambah pula shopping dengan duit yang orang bagi. Untuk korang yang tak tahu, kerajaan di bawah program inisiatif e-belia memberi wang bernilai rm150 dan baucer bernilai rm500 untuk berbelanja di Shopee!. Artikel ini bukan untuk promosi Shopee ya, memang betul-betul bukan cubaan atau free marketing untuk Shopee ya.
Wang dan baucer ini hanya layak untuk rakyat Malaysia yang berumur 18-20 tahun pada tahun 2021 atau pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa setaraf dengan diploma atau SKM4 dan ke atas di mana-mana IPTA atau IPTS yang berdaftar dibawah KPT. Tarikh untuk claim bermula hari ini 1 Jun sehingga 22 Julai 2021, manakala tarikh akhir penggunaan baucer adalah pada 31 Julai 2021.
Mcam mana nak claim, senang saja. Ikut langkah dibawah :
LANGKAH AKTIFKAN SHOPEEPAY
Langkah pertama : Tab mana-mana Shopeepay icon di homepage atau tab 'me' icon orang sebaris dengan daily discover, feed, shopeemall, notifications dan me. Lepas tu cari Shopeepay atau klik terus ke link berikut : E-Belia Shopee
Langkah kedua : Masukkan maklumat peribadi seperti nama penuh mengikut IC, nombor IC dan nombor PIN kata laluan. Dah siap daftar bolehlah claim wang bernilai RM150 dan voucher Shopee bernilai RM500.
LANGKAH DAFTAR DAN CLAIM E-BELIA SHOPEE
Langkah pertama : Klik link berikut: https://shopee.com.my/m/ebelia-claim
Langkah kedua : Semak kelayakan korang
Langkah ketiga : Sahkan IC, pengesahan identiti akan ambil masa selama 1 hingga 3 hari.
Langkah terakhir : Semak wang yang dikreditkan ke akaun shopeepay. Lepas tu bolehlah shopping!
Senang kan!. Apa lagi serbu sekarang sebelum terlambat!. Siapa nak bagi oii duit shopping percuma!. Untuk korang yang nak terus claim boleh klik : CLAIM E-BELIA SHOPEE SEKARANG!. Untuk artikel berkaitan lain klik senarai dibawah.
ARTIKEL BERKAITAN
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.