Tarikh Permohonan Dibuka, Tip Permohonan serta Punca Gagal dalam Permohonan UPU

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 16, 2017, 06:45 pm

Bagi pelajar lepasan SPM, diploma, matrikulasi, STPM dan sebagainya, anda tentu tertanya-tanya bila agaknya permohonan Unit Pengambilan Pelajar (UPU) akan dibuka. Tentu sudah tidak sabar untuk melanjutkan pengajian ke universiti bukan?. Tetapi sebelum itu, kami hendak kongsikan beberapa tips permohonan UPU kepada anda. Tip ini penting kerana walaupun anda memperolehi keputusan yang agak cemerlang berbanding rakan anda nanti, usah terlalu gembira dan yakin bahawa anda akan diterima masuk ke universiti mengikut pilihan anda.

 

TlXzTRT7

 

Tahukah anda beribu pemohon gagal mendapat tempat di universiti walaupun mereka memperolehi keputusan SPM yang cemerlang?. Anda tentu tertanya kenapa bukan? Oleh itu, berikut kami kongsikan dahulu kenapa mereka gagal mendapat tempat di universiti sebelum kami kongsikan tarikh permohonan UPU. Ini bagi memastikan anda membuat persediaan awal dan tidak melakukan kesilapan yang sama, yang akhirnya akan kecewa apabila tidak ditawarkan melanjutkan pengajian di mana-mana IPTA kelak.

 

man-with-questions

 

Tidak Menepati Syarat Khusus Program yang Dipohon

Perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah syarat program yang dipohon. Syarat am untuk kemasukan ke IPTA, anda wajib mendapat sekurang-kurangnya 5 kredit dalam mana-mana subjek termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah. Sekiranya tidak memenuhi syarat am ini, maaf jika kami terpaksa menghampakan harapan anda kerana mana-mana IPTA pun tidak akan menerima permohonan tersebut. Walau bagaimanapun, banyak lagi pilihan yang ada untuk masa depan, usah berputus asa. Anda masih berpeluang untuk masuk ke program kemahiran seperti Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan banyak lagi . Tahukah anda, graduan lepasan pengajian kemahiran adalah graduan paling mudah diterima dalam sektor pekerjaan. Berbalik kepada syarat khusus program, anda perlu meneliti terlebih dahulu adakah keputusan SPM anda menepati syarat khusus program, sekiranya tidak, lupakan sahaja hasrat itu dan pilihlah program pengajian lain berdasarkan keputusan SPM anda.

 

Memohon Program Pengajian Popular

Apabila anda memohon kursus popular, anda perlu menanggung risiko yang tingggi kerana sudah tentu persaingannya sangat sengit. Anda terpaksa bersaing dengan pemohon lain yang tentunya lebih hebat daripada anda. Selalunya program pengajian popular seperti program perguruan, perubatan dan kejuruteraan menjadi pilihan utama pemohon tetapi malangnya kuota pengambilan untuk program seperti ini sangatlah terhad. Maka, ramai pemohon yang terpaksa ditolak permohonannya selepas dinilai menerusi kiraan merit. Keputusan kiraan merit menunjukkan ramai lagi pemohon lain yang markah meritnya lebih tinggi berbanding anda. Maka, tentu sekali mereka yang akan memenuhi kuota tersebut.

 

Dalam situasi yang lain, sekiranya dalam permohonan, anda bersetuju untuk ditawarkan program berkaitan yang lain sekiranya tidak terpilih dalam 8 pilihan program (bagi pemohon lepasan STPM (setaraf)) dan 12 program (bagi lepasan SPM (setaraf)) tersebut, namun persoalannya kenapa anda masih gagal sedangkan keputusan anda lebih baik berbanding pemohon yang lain, misalnya rakan anda. Ini kerana, selepas permohonan ditutup pihak UPU akan menilai mengikut pemarkahan merit berdasarkan pilihan pertama sehingga pilihan ke lapan. Anda pula tidak menyenaraikan program lain selain program yang anda minati sahaja. Oleh itu, sudah tentu pemohon lain yang memohon program tersebut yang berjaya terlebih dahulu walaupun markah meritnya lebih rendah. Jadi anda terpaksalah membuat semula permohonan melalui e-rayuan.

 

Menolak tawaran dan memohon semula melalui e-rayuan

Ini satu lagi situasi yang majoriti pemohon lakukan. Pemohon menolak tawaran yang telah ditawarkan oleh UPU kemudian bertindak membuat semula e-rayuan. Untuk pengetahuan anda, e-rayuan dibuka hanya kepada pemohon yang langsung tidak ditawarkan UPU. Oleh itu, sekiranya anda masih benar-benar berminat untuk melanjutkan pengajian ke IPTA, terima sahaja dahulu tawaran tersebut atau terpaksa kecewa dan gagal dalam permohonan e-rayuan tersebut. Tahukah anda, apabila anda sudah masuk ke IPTA, permohonan anda untuk menukar ke program pengajian boleh dipertimbangkan. Namun, ada syaratnya. Kebiasaanya, pelajar yang menunjukkan prestasi kurang memberansangkan iaitu CGPA 2.00 ke bawah, mereka akan dipanggil menghadap dekan pusat pengajian. Majoriti daripada mereka memohon untuk menukar program dengan alasan mereka gagal memahami subjek yang diajarkan dan sebagainya. Jadi permohonan itu diluluskan atas pertimbangan dekan pusat pengajian selain kekosongan tempat untuk program yang dipohon. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada keputusan dekan pusat pengajian.

 

Gagal dalam Temuduga

Memohon program yang memerlukan anda menghadiri temuduga misalnya program perguruan, anda perlu lulus temuduga berkenaan. Sekiranya anda gagal dalam temuduga itu secara automatiknya permohonan anda juga gagal. Oleh itu, pastikan anda benar-benar fokus dan tonjolkan personaliti yang positif ketika hadir ke temu duga seterusnya dapat yakinkan penemuduga bahawa anda layak untuk melanjutkan pengajian dalam bidang itu. Jadi nasihat kami, anda perlu sentiasa peka mengenai isu-isu ini dan barulah anda boleh membuat keputusan yang bijak untuk berjaya dalam permohonan UPU ini.

 

upu

 

Tarikh Permohonan UPU 2017

Seperti mana yang dijanjikan, kami kongsikan tarikh sebenar permohonan UPU. Tarikh permohonan akan dibuka pada 6 februari 2017 bermula pada jam 12 Tengah Hari dan akan ditutup pada 31 Mac 2017 pada jam 11.59 pm. Oleh itu, pastikan anda set di telefon canggih anda itu mengenai tarikh penting ini. Bagi memudahkan anda, kami kongsikan langkah-langkah yang perlu dilakukan selepas permohonan UPU dibuka.

 

blank-wooden-signs-wooden-sign-by-jackspade2012-KtqtU0-clipart

 

Langkah pertama selepas aplikasi UPU dibuka, anda perlu segera membeli nombor pin UPU di mana-mana kaunter cawangan BSN yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Namun sekiranya anda mahu mengelak beratur dalam jangka masa yang lama maka, anda boleh membelinya juga menerusi mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja). Suka kami ingatkan jangan sesekali mendedahkan nombor pin anda kerana risiko ianya dicuri adalah sangat tinggi. Jangan terlalu mempercayai rakan anda apabila melibatkan perkara penting ini. Sekiranya dicuri, anda tiada pilihan lain selain membelinya semula dengan harga 15.64 tidak termasuk GST. Rugi bukan? Bagi menyemak harga pin UPU, klik di sini.

 

Selain itu, anda wajib pastikan nombor pin yang dibeli mengikut kategori yang betul berdasarkan peringkat pengajian anda kerana terdapat dua kategori nombor pin iaitu untuk kategori permohonan Program Lepasan SPM (setaraf) bagi pemohon yang memohon menggunakan sijil SPM, SKM, ILKA dan Sijil Kolej Komuniti manakala bagi kategori kedua adalah permohonan bagi Program Lepasan STPM (setaraf) bagi pemohon lepasan STPM, Matrikulasi KPM, STAM, Diploma Setaraf, Asasi UiTM dan Asasi UM.

 

Langkah kedua, setelah memiliki nombor pin yang betul anda bolehlah log masuk ke portal rasmi permohonan yang akan dibuka kelak. Sistem aplikasi permohonan UPU online hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh yang dinyatakan di atas dimana pemohon pertama kali (baharu) perlu mendaftar sebagai pengguna sistem UPUOnline terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Pendaftaran sebagai pengguna sistem UPUOnline boleh dibuat tanpa No. Unik ID.

 

Langkah ketiga, lengkapkan permohonan dan pastikan anda membuat pilihan yang bijak serta elakkan melakukan kesilapan seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya pilihan anda kurang bijak, kemungkinan anda akan mendapat "kos lelong" (program yang kurang dipohon oleh pemohon lain tetapi baki kuota masih banyak) atau gagal terus dalam permohonan.

  Tips Mohon UPU Online  

Sekiranya anda hendak mengetahui mengenai sebarang maklumat terkini ataupun pertanyaan berkaitan UPU, anda disarankan melayari laman sosial rasmi Facebook dan Portal rasmi UPU sahaja. Bagi anda yang berminat untuk mengelak daripada dibebani hutang pengajian selepas tamat pengajian kelak. Klik di sini untuk melihat biasiswa yang bersesuaian untuk anda memohonnya.

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail