logo
logo

    Courses

    Institutions

Isu Kursus Pendidikan Tak Dijamin Kerja (Open Market) dibawah Kementerian Pendidikan, Apa Halatuju Pelajar Lepas Tamat Belajar?

Afterschool

Afterschool

June 8, 2021





Ada yang memohon ke kursus pendidikan dibawah UPU? Untuk makluman kepada yang masih belum tahu dan sedar, kursus pendidikan yang ditawarkan bukan seperti dulu lagi. Kalau dulu dijamin pekerjaan sebagai guru sekolah kerajaan dibawah KPM, kini tidak lagi. Kursus ini open market dan hanya yang sambung belajar selepas SPM ke IPG sahaja dijamin pekerjaan. 

 

 

Apa maksud open market? Maksudnya graduan tidak dijamin pekerjaan oleh kerajaan dan boleh mohon kerja lain. KPM tidak bertanggungjawab untuk menyediakan kekosongan jawatan bagi graduan pendidikan daripada universiti awam seperti mana sebelumnya. Ditambah pula sijil bidang pendidikan yang diperolehi sangat sukar untuk mendapat pekerjaan atas alasan ijazah pendidikan walaupun dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Untuk mohon kerja sebagai jurutera tidak diterima atas alasan ijazah pendidikan dan keutamaan diberikan kepada graduan bukan pendidikan. 

 

Ke mana halatuju graduan lepasan pendidikan selepas tamat pengajian?. Apa inisiatif universiti untuk membantu mengatasi masalah ini?. Ya, memang mereka perlu struggle seperti mana graduan lepasan bidang lain yang sukar untuk mendapat pekerjaan sebagai graduan baru tetapi ijazah mereka tetap laku di pasaran kerja cuma persaingan sahaja yang menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk ditawarkan kerja. Tetapi bagi graduan pendidikan, sijil mereka itu tak laku di pasaran kerja dan hanya diterima jika hendak bekerja dalam bidang pendidikan juga seperti guru sekolah swasta, pensyarah kolej/universiti swasta, pusat-pusat tuisyen dan sebagainya. 

 

Berikut adalah antara pandangan lepasan graduan pendidikan dan ibu bapa yang kesal dengan apa yang berlaku dan beberapa cadangan untuk membantu mengatasi masalah ini. Ada yang menyalahkan universiti yang menjadikan pendidikan sebagai perniagaan tanpa mempedulikan nasib graduan mereka.

 

 

Kepada anda bakal atau yang sedang melanjutkan pengajian, apa persediaan selepas tamat pengajian kelak. Isunya disini graduan pendidikan sukar dapat kerja bukan disebabkan keputusan akademik tetapi disebabkan ijazah pendidikan itu sendiri. Kepada yang belum menjadi pelajar bidang pendidikan, masih belum terlambat untuk buat u-turn, tetapi kalau memang itu impian anda dan berharap dapat kerja selepas tamat pengajian kelak boleh teruskan dengan niat tersebut dan semoga rezeki berpihak kepada anda. Anda juga boleh baca ijazah pendidikan yang senang dapat kerja dengan KLIK DISINI. Semoga berjaya!

 

ARTIKEL BERKAITAN

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background