Perbezaan Matrikulasi dengan Asasi

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 04:08 pm

Yang mana satu pilihan kalbu?

asasi atau matrikulasi 

Asasi atau Matrikulasi, kedua-duanya adalah pilihan popular di kalangan pelajar Malaysia. Setiap tahun, ramai pelajar bimbang membuat pilihan kerana keputusan untuk Matrikulasi biasanya diumumkan lebih awal dibandingkan Asasi di Institusi Awam.

Apa patut saya buat?

1

Apa yang sering berlaku adalah kebanyakan pelajar memilih untuk tidak segera mengesahkan tawaran matrikulasi sehingga sangat dekat dengan tarikh tutup, dengan harapan untuk "bersabar" sehingga keputusan UPU Asasi keluar. Hakikatnya, menerima tawaran Matrikulasi tidak akan menjejaskan peluang kita untuk memasuki Asasi melalui UPU. 

Ada juga pelajar yang takut disalahkan kerana dianggap menyekat peluang pelajar lain daripada memasuki Matrikulasi KPM. Ini tidak benar, sebab jabatan yang bertanggungjawab untuk pengambilan matrikulasi akan menjalankan proses penstrukturan semula dan mengatur panggilan pengambilan kedua untuk pelajar yang telah mengemukakan rayuan mereka. Kedua-dua Asasi dan Matrikulasi adalah pilihan yang bagus dan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pada akhirnya, keputusan mestilah diambil berdasarkan pilihan dan pertimbangan kita sendiri. 

Persamaan

  • Kedua-duanya adalah fasa persediaan sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah
  • Elaun diberikan oleh KPM, tidak perlu membuat pinjaman pendidikan seperti diploma

Perbezaan

  • Asasi adalah program kursus asas yang ditawarkan oleh universiti-universiti tertentu seperti UiTM. Sementara itu Matrikulasi adalah asas yang lebih umum di mana pelajar tidak terikat kepada mana-mana universiti tertentu. 
  • Pelajar Asasi yang cemerlang dalam pelajaran dan meraih prestasi yang baik mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diberi keutamaan untuk masuk universiti tersebut tetapi TIDAK 100% terjamin manakala pelajar Matrikulasi yang cemerlang akan mempunyai peluang untuk melanjutkan ijazah di hampir semua universiti yang tersenarai dalam UPU. 
  • Pelajar matrikulasi dibahagikan kepada dua aliran utama: Sains dan Perakaunan. Aliran Asasi menjurus ke kursus tertentu. Contohnya Asasi Kejuruteraan di UM dan Asasi Farmasi di UIA. 

Untuk semak kelebihan dan kelemahan asasi dan matrikulasi selain semua laluan pra universiti selepas SPM boleh klik : KESELURUHAN LALUAN SELEPAS SPM, SYARAT KELAYAKAN, KOS PENGAJIAN, KELEMAHAN DAN KELEBIHAN.Semoga berjaya!

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail