Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tawar 18,702 Kekosongan Jawatan Guru Sekolah Rendah & Menengah untuk Graduan Pendidikan & Bukan Pendidikan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 20, 2021, 09:25 am

Berita baik kepada graduan yang sedang mencari kerja atau ingin bertukar kerjaya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal membuat pengambilan khas secara one-off melibatkan sejumlah 18,702 guru bagi gred DG41 yang turut dibuka kepada graduan bukan bidang pendidikan bagi mengatasi isu kekurangan guru di negara ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, berkata, langkah itu merupakan sebahagian usaha bagi mencapai perancangan di bawah Pelan Pemulihan Negara. Beliau berkata, pengambilan tersebut akan memberi tumpuan menampung kekurangan guru di Sarawak, Sabah, Selangor dan Johor bagi memenuhi keperluan untuk mengajar mata pelajaran tertentu.

 

Perkara tersebut dimaklumkan melalui satu sidang media khas yang diadakan pada hari ini. Pengambilan tersebut akan memberi tumpuan kepada mata pelajaran yang kritikal tanpa guru opsyen di sekolah. 

 

Antara mata pelajaran tersebut termasuklah, Bahasa Inggeris, Sejarah dan beberapa subjek teras yang lain termasuklah Bahasa Melayu di sekolah menengah.“Iklan tawaran ini akan dikeluarkan pada 7 Julai 2021 dan penempatan akan dibuat pada Oktober 2021,” katanya. 

 

 

Jadi kepada anda yang ingin mengemukakan permohonan, boleh ikuti kami di laman sosial untuk hebahan terkini cara untuk memohon kelak. Kepada pemohon yang mengemukakan permohonan UPU ke kursus pendidikan, sila mohon salah satu bidang pengajian (subjek) yang disenaraikan diatas. Potensi untuk berjaya ditawarkan pekerjaan guru dibawah KPM sangat tinggi selepas tamat pengajian. Semoga berjaya!

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail