Afterschool
December 5, 2018
Semua sedia maklum bahawa kerajaan telah membuat keputusan mengenai isu pembayaran balik pinjaman PTPTN dalam kalangan peminjam. Pelaksanaan potongan gaji berkenaan bakal dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2019.
Berikut kami kongsikan jadual potongan bayaran balik pinjaman mengikut tangga gaji anda :
Kepada peminjam yang berpendapatan kurang RM2000, peminjam dikecualikan untuk membayar balik pinjaman sehinggalah gaji mereka mencapai jumlah yang sepatutnya pembayaran wajib dibuat balik. Walau bagaimanapun, kami menghubungi pihak PTPTN untuk minta pengesahan mereka mengenai jadual bayaran balik ini. Mereka memaklumkan tiada makluman rasmi lagi yang dibuat daripada pihak atasan. Jadi, misal kata jadual yang dikongsikan oleh pemberita Astro Awani ini tidak tepat, kami akan kemaskini kemudian.
Selain itu, ramai yang tertanya bagaimana kaedah pembayaran pinjaman. Adakah melalui potongan gaji melalui majikan atau peminjam perlu membayar setiap bulan berdasarkan jumlah yang ditetapkan seperti biasa. Cuma jumlah bayaran sahaja dikurangkan. Itu pun belum diputuskan oleh pihak PTPTN. Sebarang perkembangan terkini, kami akan maklumkan kemudian. Dengan perkongsian ini bolehlah anda merancang kewangan masing-masing selepas gaji dipotong kelak. Artikel berkaitan PTPTN yang lain rujuk link dibawah :
ARTIKEL BERKAITAN
Janji Kerajaan Baru Pakatan Harapan untuk Peminjam PTPTN yang Wajib Anda Tahu!Cara Bayar Hutang PTPTN di 7Eleven
Kenapa Pinjaman Pemboleh Ubah Bank Rakyat (PPBU) Lebih Baik Berbanding PTPTN
Ketahui Punca Utama Pinjaman PTPTN Ditarik Balik atau Disekat!
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.