Kuota Tempat Terhad di IPTA, Punca Pemohon Lepasan SPM Gagal dalam Permohonan UPU Online

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 13, 2021, 01:57 am

Punca gagal UPU ONLINE. Ramai tertanya apakah punca pemohon gagal dalam permohonan UPU online walaupun mereka telah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti? Salah satu puncanya adalah terdapat kuota jumlah tempat yang diletakkan oleh universiti bagi semua kursus pengajian yang ditawarkan.

 

Untuk pengetahuan, pemohon lepasan SPM/Setaraf dibahagi kepada 2 kategori iaitu kategori A dan Kategori B. Jadi, terdapat kuota jumlah tertentu yang diletakkan oleh setiap universiti mengikut kategori bagi semua program pengajian yang ditawarkan. UPU online hanya mengendalikan sistem permohonan pelajar ke IPTA tetapi yang menentukan pelajar berjaya dalam permohonan atau sebaliknya adalah tertakluk sepenuhnya kepada keputusan senat universiti yang dipohon.

 

Selain jumlah kuota yang terhad, terdapat juga beberapa sebab yang menjadi punca pemohon gagal dalam permohonan UPU Online. Rujuk gambar dibawah :

 

Punca pelajar gagal UPU dan berjaya dalam UPU. Sumber : UPU ONLINE

 

Walau bagaimanapun jangan bersedih, sekiranya anda gagal dalam permohonan UPU ONLINE, peluang masih dibuka untuk membuat permohonan RAYUAN UPU online. Dalam permohonan rayuan UPU Online, pemohon hanya dibenarkan memilih 4 pilihan program pengajian berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat. Jika masih gagal dalam permohonan rayuan, maka anda telah gagal dalam permohonan UPU.

 

Nasihat kami, sebaik sahaja semakan keputusan UPU dan didapati anda gagal dalam permohonan, selain mengemukakan rayuan UPU Online anda dinasihatkan untuk menyemak pilihan pengajian di tempat lain seperti STPM, IPTS atau part time study. Ada di antara pra -universiti tersebut lebih baik berbanding jika anda belajar di IPTA untuk peringkat pengajian pra universiti selain laluan pantas untuk ke peringkat ijazah sarjana muda (degree) kelak.

 

Anda juga dinasihatkan untuk merujuk artikel penting dibawah, sila klik pada setiap artikel untuk mendapatkan info yang sangat berguna untuk anda kelak :

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail