Gagal Permohonan UPUonline Termasuk Rayuan, Ini 5 Laluan yang Boleh Anda Lakukan untuk Tetap Sambung Belajar

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 05, 2022, 08:02 am

Gagal dalam permohonan UPU online, apa pilihan yang anda ada untuk tetap sambung belajar dan mengejar cita-cita yang dimpikan?. Ramai yang apabila gagal ditawarkan ke universiti awam atau ILKA, mereka menganggap bahawa tidak perlulah sambung belajar, buang masa sahaja. Baik terus bekerja dapat juga duit. Kalau mohon ke IPTS pun yuran pengajian mahal dan pelbagai lagi alasan lain. Kenapa cepat sangat berputus asa sedangkan orang yang gagal tidak semestinya akan terus gagal selamanya. Jadi, menerusi artikel ini kami kongsikan 5 pilihan yang anda boleh lakukan sekiranya gagal dalam permohonan UPU online.

 

Mohon Second Intake Universiti Awam

Ramai dalam kalangan anda tidak tahu bahawa terdapat beberapa Universiti Awam (UA) yang membuka pengambilan kedua (second intake) setiap tahun dan antara yang popular adalah uitm second intake dan upsi second intake. Second intake UA ini bukanlah permohonan rayuan atau permohonan sama seperti UPU online, tetapi ianya dikendalikan sendiri oleh UA yang membuka permohonan. Sebagai contoh, tahun lepas beberapa buah UA membuka tawaran second intake dimana permohonan bagi lepasan SPM/Setaraf dibuka sekitar bulan Ogos ke September untuk pengambilan pelajar bulan November-Disember manakala STPM/Setaraf permohonan November-Disember dan pengambilan masuk pelajar adalah pada bulan Januari-Februari setiap tahun. 

 

Walau bagaimanapun, suka diingatkan bahawa tidak semua universiti awam yang membuka tawaran second intake. Jika dibuka sekalipun, tidak semua program pegajian akan ditawarkan. Ianya bergantung kepada keputusan pihak universiti. Selain itu, pelajar yang masuk second intake akan lewat 1 semester daripada pelajar pengambilan pertama melalui UPU ONLINE. Jadi, kepada yang berminat boleh terus memohon melalui laman web rasmi universiti yang menawarkannya kelak.

 

 

Mohon ke IPTS dalam Kursus yang Diminati dan Mempunyai Potensi Kerja

Pilihan kedua adalah dengan memohon ke IPTS. Ramai juga yang masih ragu-ragu dengan kualiti pembelajaran di IPTS selain beranggapan bahawa kos pengajian yang mahal, keluarga kurang mampu malah ada yang menganggap IPTS ini standardnya lebih rendah berbanding UA. Semua itu hanya persepsi sahaja sedangkan sudah terbukti ramai graduan IPTS lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding graduan UA. Antara IPTS yang berkualiti dan terbaik di Malaysia adalah MMU, MSU, LIM KOK WING, IUKL, UNITEN, UTP dan banyak lagi. Boleh baca perkongsian kami tentang kenapa graduan IPTS lebih mudah dapat kerja berbanding IPTA

 

Bagi yang takut jika tersalah memilih IPTS, anda boleh baca tip memohon ke IPTS terbaik. Untuk yang ingin menyemak senarai penuh IPTS yang menawarkan kursus yang diminati, layari laman rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Anda boleh semak contoh untuk membuat carian seperti gambar dibawah. Taip sahaja "perubatan" dan pilih type of qualification contohnya. Kemudian klik search. Sebaik sahaja senarai kursus dipaparkan, klik pada "papar" untuk semak lebih lanjut mengenai kursus tersebut.  

 

Sekiranya anda masih kurang pasti IPTS manakah yang paling terbaik sesuai dengan kursus yang ingin diambil. Boleh set appointment untuk dapatkan nasihat kaunselor pendidikan AFTERSCHOOL secara PERCUMA secara online. Anda juga boleh menyemak senarai IPTS berserta program pengajian yang ditawarkan, yuran pengajian, tempoh pengajiandan sebagainya.

 

Bekerja Sambil Belajar Secara Mod Separuh Masa (Part-Time) atau Online Sepenuhnya

Selain mohon ke second intake UA dan IPTS, anda juga boleh melanjutkan pengajian sambil bekerja. Untuk makluman anda, ramai sahaja yang melanjutkan pengajian tetapi pada masa yang sama bekerja untuk menampung yuran pengajian atau kos sara hidup keluarga. Kebanyakan kursus pengajian part time juga tidak meletakkan syarat yang tinggi sepertimana kursus secara sepenuh masa. Malah ada universiti yang tawarkan mod pengajian fleksibel secara atas talian tanpa perlu bersemuka dengan pensyarah. Terdapat banyak universiti awam mahu pun IPTS yang tawarkan mod pengajian separuh masa atau secara atas talian sepenuhnya. Antara universiti terkemuka yang menawarkan kursus pengajian part time adalah Open University Malaysia (OUM). Untuk semak senarai penuh universiti yang tawarkan kursus pengajian part-time boleh guna kaedah diatas iaitu semakan melalui portal Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

 

Akhir kata, jangan sesekali berputus asa untuk mengejar impian sambung belajar ke kursus yang diminati jika tidak berjaya ditawarkan ke universiti awam. Banyak lagi pilihan lain yang lebih baik selain peluang kerja terbentang luas selepas tamat pengajian. Ingat pemilihan kursus pengajian sangatlah penting berbanding universiti. Apa yang anda belajar itulah yang akan dipraktikan di alam pekerjaan kelak. 

 

Semoga perkongsian kami membantu anda!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail