Punca Gagal dalam Permohonan Rayuan UPU Online Bagi Lepasan SPM/Setaraf

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 05, 2022, 04:12 am

Ramai tertanya apakah punca pemohon gagal dalam permohonan UPU online walaupun anda telah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti? Rujuk gambar yang dikongsikan oleh UPU online punca sebenar pemohon gagal dalam permohonan termasuklah permohonan rayuan UPU ONLINE. 

 

Antara punca-punca gagal dipanggil temuduga adalah :

 

Sumber : Laman web rasmi UPU Online

 

Selain perkara-perkara diatas yang menjadi punca anda gagal dalam permohonan ke program pengajian pilihan adalah gagal dipanggil ke program temuduga yang dipohon atau dipanggil temuduga tetapi gagal dalam temuduga yang dihadiri. Untuk yang gagal dipanggil ke temuduga, anda sepatutnya mengemaskini pilihan program pengajian. Jika tidak mengemaskini, secara automatik anda telah gagal dalam program bertemuduga berkenaan. Bagi yang ingin mengetahui punca kenapa tidak dipanggil temuduga, boleh klik punca gagal dipanggil temuduga. 

 

Untuk pengetahuan anda juga, UPU online hanya mengendalikan sahaja urusan permohonan pelajar tetapi yang menentukan pelajar berjaya dalam permohonan atau sebaliknya adalah tertakluk sepenuhnya kepada universiti yang dipohon. Bagi anda yang memohon aliran yang berlainan ketika SPM juga turut tidak terkecuali akan gagal dalam permohonan. 

 

Jika program pengajian sastera, kebanyakan universiti memberi keutamaan kepada pelajar aliran sastera berbanding sains. Ini untuk memastikan pemilihan yang dibuat adil dan saksama. Selain itu, pengiraan merit juga berbeza untuk aliran sains dan sastera walaupun gred subjek pemohon aliran sains lebih cemerlang berbanding aliran sastera untuk subjek yang sama. Ini adalah hakikat yang semua pemohon tidak boleh elak dan bergantung kepada rezeki masing-masing.

 

Dalam permohonan rayuan UPU ONLINE hanya 4 program pengajian sahaja yang boleh dipilih berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat. Misal kata anda masih gagal dalam permohonan rayuan, tiada lagi rayuan fasa 2 seperti mana bagi lepasan STPM/Setaraf yang mempunyai 2 fasa rayuan, pertama dan kedua. Kepada yang gagal anda bolehlah menyemak 5 laluan lain sekiranya gagal dalam permohonan RAYUAN UPU ONLINE.

 

Antara laluan yang boleh anda ambil adalah dengan memohon ke IPTS. Banyak IPTS yang tawarkan program pengajian yang sama kualitinya di IPTA dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).  Syarat kelayakan masuk ke IPTS juga tidaklah tinggi seperti mana yang diletakkan oleh IPTA. Jika yuran pengajian yang dirisaukan, terdapat banyak pilihan biasiswa dan bantuan kewangan yang disediakan. Tidak perlu keputusan cemerlang untuk memohon, cukup dengan memenuhi syarat kelayakan masuk ke IPTS berkenaan dan sepanjang pengajian anda hanya perlu kekalkan PNGK pointer 3.00 dan keatas.

 

Misal kata anda tidak ditawarkan biasiswa dan membuat pinjaman PTPTN. Jangan risau pinjaman PTPTN tersebut akan bertukar kepada biasiswa jika anda berjaya tamat pengajian dengan kelas pertama walaupun anda melanjutkan pengajian di IPTS. Jadi, kenapa perlu risau, walau semahal mana pun kos pengajian anda nanti, semuanya akan ditukar menjadi biasiswa. Anda boleh semak jumlah pinjaman dan info lain berkaitan pinjaman PTPTN.

 

Untuk anda yang kurang pasti IPTS terbaik, anda boleh menyemak tip memilih IPTS terbaik antaranya dari segi kursus pengajian, pengiktirafan, potensi kerja dan banyak lagi. Anda juga boleh menyemak senarai IPTS berserta kursus pengajian, yuran pengajian, tempoh pengajian dan lain-lain info penting yang berguna sebagai panduan.

 

Akhir kata, jangan sesekali berputus asa untuk mengejar impian sambung belajar ke kursus yang diminati jika tidak berjaya ditawarkan ke universiti awam. Banyak lagi pilihan lain yang lebih baik selain peluang kerja terbentang luas selepas tamat pengajian. Ingat pemilihan kursus pengajian sangatlah penting berbanding universiti. Apa yang anda belajar itulah yang akan dipraktikan di alam pekerjaan kelak. 

 

SEMOGA BERJAYA!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail