Kategori Permohonan UPU Online Lepasan SPM Setaraf

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 17, 2022, 02:07 am

Senarai kategori permohonan UPU online lepasan SPM dan setaraf. Dalam permohonan UPU online untuk kemasukan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan ILKA bagi menyambung pengajian ke peringkat sijil, diploma dan asasi, pemohon dibahagikan mengikut 8 kategori permohonan. Berikut dikongsikan 8 kategori permohonan pemohon :

 

  • Kategori A (Calon Lepasan SPM 2021 tahun semasa)
  • Kategori B (Calon Lepasan SPM 2020 atau 2019 sahaja)

 

Jadi mana-mana pemohon yang memiliki kelayakan SPM tahun 2018 dan ke bawah, anda tidak layak untuk mengemukakan permohonan di bawah UPU ONLINE. Sekiranya ingin melanjutkan pengajian, boleh terus ke laman rasmi IPTA yang ingin dimohon untuk membuat permohonan. 

 

Suka juga diingatkan, persaingan dalam permohonan UPU ONLINE sangatlah sengit. Ramai yang gagal masih belum tahu punca ramai pemohon gagal dalam permohonan UPUONLINE termasuk permohonan rayuan UPUONLINE walaupun memenuhi syarat kelayakan masuk khas dan umum ke universiti yang ditetapkan. 

 

Jadi, untuk memastikan anda berjaya dalam permohonan, boleh semak Tips Susun Pilihan Program Pengajian untuk Berjaya dalam Permohonan UPU yang boleh membantu anda berjaya ditawarkan UPUONLINE. Untuk panduan lain boleh rujuk dibawah:

 

 

Sekiranya anda gagal dalam permohonan kelak, semak 5 Laluan yang Boleh Anda Lakukan untuk Tetap Sambung Belajar sekiranya gagal dalam permohonan UPUONLINE termasuk UPU RAYUAN. Jika ada yang berjaya ditawarkan ke kursus pengajian bukan pilihan utama, boleh baca dulu perbandingan antara Terima Tawaran UPU Rayuan dalam Kursus Bukan Pilihan Atau Mohon ke IPTS, Mana Lebih Baik?. Semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail