logo
logo

    Courses

    Institutions

79,873 Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Degree) Berjaya Mendapat Biasiswa Penuh PTPTN

Afterschool

Afterschool

February 27, 2022





Ramai yang masih belum tahu bahawa PTPTN merupakan pinjaman pendidikan yang boleh bertukar menjadi biasiswa sekiranya pelajar berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda (degree) kelas pertama. Baru-baru ini, PTPTN melalui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkaya, seramai 79,873 pelajar telah berjaya mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membabitkan peruntukan RM2.06 bilion di seluruh negara setakat 31 Jan tahun ini.

 

 

Untuk info, PTPTN memberi pengecualian bayaran balik pinjaman kepada peminjam daripada kategori keluarga B40 dan M40 yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. “Dengan inisiatif ini, peminjam PTPTN yang layak tidak perlu membayar balik pinjaman mereka. Melalui inisiatif ini juga, ianya dapat membantu kumpulan B40 dan M40 mendapat akses kepada pendidikan tinggi dan memudahkan kewangan mereka semasa pandemik Covid-19.

 

Sekiranya anda yang ingin mendapatkan info lebih llanjut mengenai pinjaman PTPTN, jumlah pinjaman, institusi yang layak memohon, syarat permohonan dan sebagainya, boleh klik INFO LENGKAP PERMOHONAN PTPTN.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

news images
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background